BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 11, 2008

Rayuan Ramadhan 1429H

Rayuan Ramadhan 1429H kini kembali!
Ayuh bersama semarakkan Ramadhan dgn amalan infaq dan sedekah!



Projek Rayuan Ramadhan; Brief Intro:
Menjelang bulan ramadhan yg mulia & penuh keberkatan, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) meneruskan keprihatinannya dengan menganjurkan projek rayuan Ramadhan dan sedekah buat kali ke-10. Program ini merupakan satu inisiatif murni bagi membantu umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana alam, dilupakan dan berjuang untuk agama Islam diseluruh dunia.

Objektif program Rayuan Ramadhan:

1. Untuk mengumpul dana bagi menaja tajaan berbuka puasa dan sedekah di Negara atau lokasi umat Islam yang lebih memerlukan

2. Menunaikan salah satu tanggungjawab membantu umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana alam, dilupakan dan berjuang untuk Islam

3. Menzahirkan rasa prihatin dan kasih sesama umat Islam di Sudan, Palestin, Mindanao, Selatan Thailand, Afghanistan, Sri Lanka, Kemboja, Hidayah Centre, Vietnam dan negara serta tempat-tempat lain yang memerlukan.


Kasihilah saudara kita seperti mana kita mengasihi diri kita sendiri.

*Brosur Rayuan Ramadhan boleh didapati di laman web ini.

Maklumat lanjut, hubungi
Sekretariat Rayuan Ramadhan 1429H
03-4105 3159

atau klik di sini.