BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 4, 2010

Datangnya di Rindui






kedatangan yang dirindui selama ini....

berbulan lamanya dinantikan....
pada saat akhirnya bertemu jua........




RAMADHAN AL-MUBARAK YANG DITUNGGU SELAMA INI!!!!


masa berlalu begitu cepat
tanpa disedari ia hadir
dengan penuh mendayu-mendayu
mengajak berlomba-lomba
untuk merebut karnival ganjaran dariNya

bagi orang yang merasainya
sudah tentu tidak akan
melepaskan peluang keemasan
itu untuk ibrah dan jaza'
yang berlipat ganda dari KEKASIHNYA

agungnya bulan yang Kau
ciptakan untuk kami(manusia)
mencari nilai dan mengejar
berlumba-lumba menambah
amalan kami pada bulan
yang mulia dan istimewa ini





Saat Allah datang kepada hambaNya pada 1 malam itu.Memberi kemanisan semanis-manis nikmat yang pernah wujud dipersinggahan dunia ini.Iaitu malam LAILATUL QADAR teman-temanku.Saat itu,pabila orang yang terpilih itu menjadi tetamu istimewaNya,sungguh beruntung kerana pada malam itu adalah malam di antara malam yang paling istimewa hidanganNya kepada hambaNya sekali sahaja dalam setiap tahun hijrah.


sedikit perkongsian bersama antara kita,

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi,
lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ).

Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.......

berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini?

Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.


Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar.

Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ?

Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya!

Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah Aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka!

Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tiada memohon kepadaKu hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).







sudah agak lama tidak menziarahi mahabbah sidang maya KARISMA Nilai ini,waktu kesempatan ini,ana mengucapkan SELAMAT DATANG RAMADHAN!!!!


kesibukan peperiksaan,assignment yang bertimbun,doakan kami kuat untuk menghadapi mehnah dunia yang dusta ini dan istiqamah dalam melaksanakan tuntutan dakwah ini.

maaf sudah sekian lama tidak update sejak pelancaran IKRAM hari tu.Telah banyak program yang akhawat laksanakan,antaranya grand qiam,grand iftor,explorace dan yang terbaru pada 20 dan 21 Ogos ini akan mengadakan ISK(ini sejarah kita).

semoga entri ini dapat dikongsi bersama......................


wassalam........:)