BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 28, 2008

Bom & Peluru = Hadiah Tahun Baru utk Gaza

FREE PALESTINE
Tahukah anda??

ISRAEL telah menyerang Gaza secara besar-besaran
bermula Sabtu, 27 Dis 2008


Angka kematian terkini: 303 korban
(termasuk wanita, warga tua & kanak2)
.
Angka kecederaan:
+1000 mangsa

Selain pengeboman skala besar-besaran di seluruh jalur gaza,
Universiti Islam Gaza juga telah menjadi sasaran pengeboman rejim Zionis la'natullah.
Kamaleen Shaath, Ketua Universiti Gaza menyatakan bahawa tentera rejim Zionis tidak akan ragu-ragu mengebom mana-mana tempat termasuk masjid, hospital dan tempat2 awam yang lain. Klik utk lihat Video. Klik di sini utk berita lanjut.

Sebagai mahasiswa Muslim, seharusnya kita peka dgn tragedi yg melanda saudara2 kita di seluruh dunia amnya, dan bumi Palestin khususnya. Bersama2lah kita doakan keselamatan buat mrk2 yg berjuang di bumi Al-Quds, serta menyebarkan kesedaran ini kepada kenalan dan famili, selain menyokong + menyemarakkan kempen boikot brgn yg menyokong pendudukan haram entiti Zionis Israel di bumi para Anbiya', Palestina. Semoga usaha kita yg kerdil ini membuktikan bahawa kita tidak hanya berdiam diri dan bersetuju dgn serangan yg tidak bermaruah ini. Wallahu'alam.

"Sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara"

Thursday, December 4, 2008

Karnival Karisma

Jom berKarnival!

Kenapa?
Krn karnival ini lain drpd yg lain!
~Mari rasai sendiri, suasana yg menghiburkan tp Islami~
... Dan yang penting, karnival ini adalah utk anda!


Ape je yg ada?

Eh.. Macam-macam adaaa...!
Kita ada forum, bazaar, pameran, nasyid,
bengkel penulisan dan baanyak lagi.
Datanglah, InsyaAllah tak rugi... ;)



Ha. Tunggu apa lagi?
Kosongkan tarikh 27 & 28 Dec ni, reserve siap2
Bawaklah skali mak ayah, famili, sedare mare & shbt handai.
Pendek kata, semuaaalah yg ada.

Klik di sini utk ke laman karnival.

Saturday, November 15, 2008

PKN '08

Sunday, November 9, 2008

Permulaan Sem II, 08/09


"
Allah akan mengangkat (darjat) org2 yg beriman di antara kamu dan org2 yg diberi ilmu beberapa darjat."
(Al-Mujadilah 58:11)

Selamat kembali ke Medan Menuntut Ilmu khusus utk semua warga CFS Nilai. Mulakan semester baru dgn mind-setting dan niat yg betul (Ikhlas!). Semoga diberi keberkatan dan kejayaan dlm setiap apa yg kita lakukan. Ameen!

"Knowledge is Power"

Rayuan Qurban 1429Hijrah... yok Participate!

Jom ramai-ramai semarakkan Eidul Adha 1429 dgn sumbangan Korban di tempat2 yg lebih memerlukan! Hulurkan tangan buat saudara2 seIslam kita. Gerenti tak rugi v(^-^)v


"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnhya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakanlah dirimu dengannya."
(HR Tarmizi, Ibn Majah & Hakim)


Maklumat lanjut? Klik
di sini.
P/S: Selain drpd m'derma dlm bentuk RM, anda juga boleh m'bantu promosi Rayuan Qurban 1429H ini. Sampaikan tujuan mulia ini kpd seraaaaaamai mungkin kenalan =)


~!!Barakallah Feekum!!~

Saturday, October 11, 2008


"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa setahun penuh"
(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)



Selamat Berpuasa 6 Hari di Bulan Syawal,
& Selamat Menghadapi Final
buat semua warga k-CFS Nilai

Usaha. Doa. Tawakkal

[ma'attaufeeq wan najaah!]

Monday, October 6, 2008

Haflah Wida' Akhwt Sem 1, 08/09


Tarikh: 23/9/08
Masa: 6.00pm - iftar
Kehadiran: 21 Org Siswi + 5 Naqibahs


'makan time'


Akak2 yg gembira dgn mknn yg sedap =D


Wajah-wajah ceria di penghujung haflah

Note: Semoga semua yg Grad sem ni akan menjadi insan2 penggegar bumi Gombak dgn kecemerlangan akademik dan sahsiah yg tiada tolok bandingnya ^-^ Ameen..!
Buat yang masih berjuang di bumi Nilai nan permai, jgn risau.
Kita steady je kat sni...kan? =D

Tuesday, September 16, 2008

Usrah??Apa kata anda...??



AHMAD USAMAH,
ECONOMI ,TAHUN 1 SEM 1 UIA GOMBAK,
EX-UIA NILAI.

"bagi sy usrah adalah tmpt kita meluangkan masa bersama org atau pn sahabat yg sefikrah dengan kita.di situ lah masa kita untuk bergurau senda,meminta nasihat,menimba ilmu malh meluahkan perasan andainya mempunyai sebarang masalah.usrah bukan sahaja kita membuat halaqah dan baca kitab2 ilmu malah boleh di buat di mana2 sj.contohnye ice skating..hehe.."
~dedikasi buat abg dhany~


SILA TAMBAH TESTIMONI ANDA DENGAN MENG'EDIT' POST INI (^-^)

Monday, August 11, 2008

Rayuan Ramadhan 1429H

Rayuan Ramadhan 1429H kini kembali!
Ayuh bersama semarakkan Ramadhan dgn amalan infaq dan sedekah!



Projek Rayuan Ramadhan; Brief Intro:
Menjelang bulan ramadhan yg mulia & penuh keberkatan, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) meneruskan keprihatinannya dengan menganjurkan projek rayuan Ramadhan dan sedekah buat kali ke-10. Program ini merupakan satu inisiatif murni bagi membantu umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana alam, dilupakan dan berjuang untuk agama Islam diseluruh dunia.

Objektif program Rayuan Ramadhan:

1. Untuk mengumpul dana bagi menaja tajaan berbuka puasa dan sedekah di Negara atau lokasi umat Islam yang lebih memerlukan

2. Menunaikan salah satu tanggungjawab membantu umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana alam, dilupakan dan berjuang untuk Islam

3. Menzahirkan rasa prihatin dan kasih sesama umat Islam di Sudan, Palestin, Mindanao, Selatan Thailand, Afghanistan, Sri Lanka, Kemboja, Hidayah Centre, Vietnam dan negara serta tempat-tempat lain yang memerlukan.


Kasihilah saudara kita seperti mana kita mengasihi diri kita sendiri.

*Brosur Rayuan Ramadhan boleh didapati di laman web ini.

Maklumat lanjut, hubungi
Sekretariat Rayuan Ramadhan 1429H
03-4105 3159

atau klik di sini.

Tuesday, July 29, 2008

"KELAS BERENANG BERSAMA ABG DHANY"

MENCARI IKAN DUYUNG!!!!


Mimpi malam tersebut bukanlah mimpi yang biasa, namun kerja Tuhan siapa tahu? Mimpi berjumpa ikan duyung semalam rupa-rupanya merupakan alamat bahawa sesuatu yang berelemenkan air sedang memanggil, ya tidak lain dan tidak bukan,it's SWIMMING TIME!!!

Kali ini, Usrah Kecil Abg Dhany yang terdiri daripada Alip, Ramdzan, Hilmi, Amin dan Noramin diikuti Najib dan Syahir (Budak PJ) bersama-sama mengisi masa lapang dengan ber'usrah' di dalam kolam renang. Entah apa lah yang mereka buat dalam kolam mandi tu, adeh....




makan dulu dowh....bru hbs prgram....(ramzan cover misai skit no..)


tepat jam 10pm..ktaorg sampey kt tmpt kejadian....


sangap nk mandi dowh....adehh


di tmpat kejadian......


noramin suka no........ :)


tmpat kejadian II....


mengelamun sorg2 no.....


ukhwah yg mantop.......

Syukur kepada tuhan, tamat sudah perjalanan kami selama dua hari satu malam kat sana.Program yg dirancang dgn rapi oleh abg dhany,sedikit sebanyak memeberikan seribu satu pengalaman yang amat bermakna kepada kami. Indah sungguh dunia ini, nampaknya banyak lagi keindahan Alam yang masih belum diterokai, Indah kan kalau ber'USRAH'?



Budak Gombak: Budak Nilai ni dah melampau2 dah ni!!!! (hehe)

ICE SKATING-2nd EDITION!!!

SUNWAY PYRAMID menyambut sekali lagi!!!!

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, rombongan pertama ikhwah telah pun berjaya memajakkan bendera dakwah dan tarbiyah di bumi Ice Skating, SUnway Pyramid. Hal ini telah menimbulkan sifat hasad yang tidak terhingga nilainya kepada sahabat-sahabat yang lain, malah ada sampai yang meluahkan perasaannya seolah-olah seperti telah dipinggirkan oleh murabbi-murabbi mereka. Oleh kerasa desakan serta protes yang sangat-sangat melampau itu, dengan redha hatinya maka muncullah ICE SKATING 2nd EDITION!!!! (Boleler duit scholar baru masuk). Nikmatilah hidangan cerita kali ini yang pastinya dipenuhi dengan sisipan-sisipan menarik menerokai keindahan.

Bermulalah perjalanan dengan nama Allah....



breakfst dulu bai kt kwah thai..(lepaih ni x pi dah aih!!!!)


bermulanya perjalanan......


bersemagat waja beb...(ketaq lutut nk men dowh!!!)


ini bru saving....(scholar x naik dowh)


inilah tempat makan yg TERmurah....isk3


ikhwah dari jepun...(arigato ushaimas)


suasana yg meletihkan dan menyakitkan...adehh


memori yg terindah....sob3

Alhamdulillah, rombongan kali ini sungguh bergaya nampaknya. Rasanya tidak ada yang jatuh-jatuh macam dahulu, (hahaha). Apa-apapun, kenangan ini pastinya tidak akan kabur begitu sahaja. Selagi hayat kami masih di bumi ini, ukhuwwah Islami tetap bersemadi.


Jalan-jalan cari ubi
Tak tau ler lak yang ubi ini letaknya dalam tanah
Ikhwah dah pun main ice skating dua kali
Akhawat tak kan dah mengaku kalah?



next stop.....kena mai usrah nohhhhh!!!!

Friday, July 18, 2008

HaYya 'aLa sOlaH...

wahai ikhwan sekalian, mari lah kita sama2 hayati hadith ini...



tetapi hari ini kita sibuk dgn hal2 dunia.hingga leka,lupa dan alpa..
tidk salah jika ingn sibuk dgn hal2 dunia.mahupun berhibur di dunia.tetapi jgn lah kita lupa kita diturunkn didunia ini ada tugasan nya.jadilah seperti mana video clip ini...



tidak kira apa yg kita lakukan.pasti kan solat jgn di lupa kan...



solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
waAllahu 'alam... =D

Wednesday, July 16, 2008

SOLAT TAHAJJUD. KAPAN KALI TERAKHIR ANDA LAKUKAN?

Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam ialah solat tahajjud.

Sabda Nabi saw:
أفضل الصيام بعد رمضان ثهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل
“Puasa paling utama selepas Ramadan ialah puasa(sunat) pada bulan Allah iaitu Muharram. Sedangkan solat paling utama selepas solat fardu ialah solat malam (tahajjud)”. (Sahih Muslim, Kitab al-Syiam no.1163)


Solat tahajjud ialah solat sunat pada waktu malam selepas Isyak –sebelum masuk Subuh. Namun, waktu paling utama bertahajjud ialah 1/3 malam terakhir (kira-kira 3.00 pagi – masuk Subuh). Solat ini biasanya diganding dengan solat sunat witir sebagai penutup.

Dalil disyariatkan tahajjud ialah firman Allah swt :
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)

Dalil lebih utama dibuat 1/3 malam ialah sabda Nabi saw:
ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له
“Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya”. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1145)


CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD
- Boleh dilakukan 2 rakaat tanpa had tertentu. Malah, solat sunat witir 1 rakaat juga dikira tahajjud. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1137)
- Jumlah paling utama ialah tak lebih 11 atau 13 rakaat kerana itulah amlan Nabi saw. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 736 & Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1140)
Boleh juga dibuat 4 rakaat, 4 rakaat kemudian witir 3 rakaat (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1147). Samada 2 tahiyat 1 salam atau 4 rakaat sekaligus 1 salam. Jika solat 4 rakaat 1 salam, setiap rakaat hendaklah dibaca surah atau ayat al-Quran sesudah al-Fatihah.

SUNNAH TAHAJJUD
- Niat sebelum tidur hendak solat sunat itu. Jika sudah berniat tapi tak bangun, Allah tetap kurniakan pahala tahajjud. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1763)
- Hilangkan mengantuk dengan bersugi & berdoa:
لا له لا الله وحده لا شريك له.له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير. الحمدلله وسبحان الله ولا له لا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة لا بالله
Kemudian ucapkan :
اللهم اغفرلى
(Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no.1154)
Atau baca 10 ayat terakhir surah Ali Imran. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 763)
- Mengerjakan solat 2 rakaat yang ringan sebelum bertahajjud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 768 & Fath Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani jld 6 m/s273)
- Solat ini lebih utama dilakukan di rumah sendiri bukan di masjid kerana Nabi saw biasa melakukannya di rumah. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 781)
- Mengejutkan ahli keluarga untuk turut bertahajjud bersama. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1592)
- Memanjangkan berdiri dengan membaca surah panjang & melamakan sujud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 756 – Sahih Bukhari-

sumber: www.iluvislam.com
post by: alipkedah@yahoo.com

Saturday, July 5, 2008

KHULASATUL QAWL: IcE SkATIng final episode

BERAKHIRNYA SUATU PENGEMBARAAN....
ICE SKATING


berdinnerlah kami di chicken rice shop
Najib: tangan sape le lak ni


Gambar terakhir sekumpulan pejuang
Muaz: berjuang demi bangsa negara
Alip: Apsal gaya tangan hang camtu?
Khubaib: Jap2



Bermaghrib di Masjid
Muaz: ni sape ler lak kaco ana time2 maghrib ni...


Pengisian daripada Abang Dhany
Isa: Jam tangan aku ni buat hal ler lak
Syahir: abg dhany, nampak tak najib jatuh ice skating tadi?
Abg Dhany: Nampak sgt, padan muka, haha...




Pulanglah kami (Menunggu Bas)
Faiz: letih gak ek hari ni, satu hari berjalan
Zamzam: Letih mmg letih, tapi serius bez
Abg Dhany: Itulah nikmatnya usrah...
Alif: Haah jugak ye
Marwan: (menusuk kalbu betul kata2 abg dhany ni, insaf2)
Hafiz: :-)
Najib, Syahir, Isa, Khubaib: (apasaller lambat sgt bas ni)


Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan kami selama satu hari suntuk ini. Walaupun sedikit kepenatan, namun itulah manisnya ukhuwwah. Kadang2 kalau di universiti hanya sekadar jumpa dan bagi salam sahaja, tapi lepas main ice skating sama2, barulah terasa kenikmatan berukhuwwah. Ukhuwwah bukanlah hanya sekadar bertaaruf, namun haruslah mencapai tafahum dan takaful. Contohnya, apabila ada kawan kita terjatuh ketika main ice skating, seseorang yang mecapai tahap tafahum sudah pasti akan merasa malu juga sepertimana yang dialami oleh si penjatuh (lagi2 kalo yg jatuh tu macam superman), dan lantas membawa kepada takaful dengan menolong mengangkat si penjatuh tu. Ni tak, sume dok pakat2 gelak (hehe, jgn mare ye). Apapun, pengembaraan usrah kali ini tersangatlah bez. Terima kasih tidak terhingga diucapkan oleh Karisma UIA Nilai kepada akh Dhany (naqib kami yg bez) dan juga kepada Najib dan Syahir (selaku wakil daripada Karisma UIA PJ) kerana telah menemani kami berehlah sambil bermuhasabah buat kali ini. Semoga jasa-jasa antum semua akan dikenang sentiasa, insya Allah......(dan tidak lupa juga kepada akh Muaz al-Awwal kerana telah menghantar kami ke KTM.)..:-)
p/s: Kepada ikhwah2 len yang x berkesempatan, jgn kecewa, insya Allah aktiviti2 yg menarik akan menunggu antum sume, hidup NILAI!!!
Ramdzan: Next rehlah nak buat kt mana lak?
Alip: Kalau nak taw datangler usrah, hehe...
Ramdzan: adeh....
THE END





Wednesday, July 2, 2008

CINTA YANG BERMARUAH

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Kesimpulan: Perkahwinan Adalah Jalan yang terbaik untuk mengelak maksiat....

Sumber:iluvislam.com

post by:alipkedah@yahoo.com

Tuesday, July 1, 2008

BiDaDaRi SyuRga..(-__-)



Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka
bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah
dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-
bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi
kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi
kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri
nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah
tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang
bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya
dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia
menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia
lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu
diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam
singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.... lalu
diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu
wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam
mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya
sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan
tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu
diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan
agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat
Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda
tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah
pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah
menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi
yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...
benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...


p/s..jom same2 berjihad!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ALLAHUAKBAR..^_^






Thursday, June 26, 2008

THE TIME HAS COME!!! IcE SkATIng episode 2

TIBANYA DI DESTINASI.....
ICE SKATING




Akhirnya tibalah kami di Sunway Pyramid
Zamzam: Abg Dhany, kita sama tinggi rupenye ek
Abg Dhany: Abg tinggi sikit ler...




Breakfast dulu sambil taaruf ringkas.....
Alip: Isa, lepas ni kita solat dhuha dulu nak?
Isa: Aku "On" je.....(sambil menunjukkan gaya tangan yang menarik)
Marwan: Dhuha kepebende, Zuhur setengah jam lagi da....


Pengalaman pertama memakai kasut ais skating
Khubaib: berat gak ek kasut ni....
Zamzam: Mana sarung tangan aku ni?


Berposing sebelum berjihad di medan ais
Abg Dhany: Kenapa muka abang tak nampak?
Najib: Black out kot...



Jihad sudah pun bermula!!!
Anonymous: Mana ikhwah ni ek? X nampak pun...




Time Out!!!!
Marwan: Apsal cara aku main tadi macam lain daripada korang ek?
Najib: Aku rasa....
Syahir: (Cakap je la yang ko x reti main, cover le lak)

Pergh, penat siot!!!
Hafiz: Apa jadi ngan kasut ko?
Alip: (ensem gak aku ni ek)
Wah, beznya main ice skating, keseronokan yang sangat tidak terhingga. Siap boleh main kejar2 lagi, masa tu lah wajah di sebalik tabir ikhwah mula menjelma (kejam dan zalim). Ada yang ada hati nak jadi macam superman, ada pula yang buat formasi yang paling mantop skali (padahal nak cover x nak jatuh), ada lak yang mengada-ngada buat-buat jatuh (kenapa ek), macam-macam betul ragam Ikhwah Nilai ni(x lupe ikhwah PJ yang join skali), tapi yg paling bez skali, daripada semua org yang dtg program kali ni, ada sorang tu x reti2 gak nak maen, buat malu kaum je...(jgn mare ek, guro je). Tapi tidak berhenti setakat ni je, episod ke3 iaitu yg terakhir bakal menjelma, nantikan kehadirannya!!!!!
TO BE CONTINUE>>>>>>>>>>>>








Wednesday, June 25, 2008

BORED??? HOW ABOUT AN ICE SKATING? YAHOOO!!!!

BERMULANYA PERJALANAN.....
PRE-ICE SKATING


Seperti yang telah dijanjikan, pada 21 Jun 2008, ikhwah telah mengindahkan lagi diari memori kehidupan masing-masing dengan mengadakan rehlah bermain ice skating di Sunway Pyramid. Rehlah kali ini sungguh bermakna kerana inilah rehlah pertama ikhwah untuk semester 1 sesi 08/09. Di samping itu, terdapat ramai ikhwah yang sungguh teruja untuk bermain memandangkan inilah kali pertama mereka akan memijakkan kaki di atas ais memandangkan negara kita ialah negara beriklim panas lembap. Sepanjang perjalanan, pelbagai cabaran dan dugaan telah dihadapai, marilah kita bersama-sama menghayati foto-foto di bawah untuk mengetahu plot drama yang indah ini dengan lebih menarik.....jeng jeng jeng.......





Muaz: Budak Gombak, dipersilakan membaca doa...
Marwan: Apasal? Budak Nilai dah x reti baca doa ke?

Faiz: Dah lama dah x baca doa....
Khubaib: Shhh!!!!!


Zamzam: (control macho)
Muaz: (budget macho)


Abg Dhany: naseb bek baru 2 jam tunggu budak2 ni kt ktm,
kalo 3 jam aku pelepuk sorang2.....



Faiz: Sejak bila hang suke membaca surat khabar?
Hafiz: Sejak join usrah....(hehe)

TO BE CONTINUED>>>>>>>>>>>>>



Tuesday, June 24, 2008

TAUBATKU BUATMU YA RAABB....

Sumber rujukan: Solat Ta ubat (Panduan Penjernihan Jiwa) Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

~AL FAQEER ILLA RABBI~

Monday, June 23, 2008

Our Stall


Pada 10 Jun 2008 yg lalu, K-cfsN telah berjaya membuka Stallnya sendiri sempena hari pertama adik-adik baru bergelar students di bumi Nilai yg permai..


K-Stall... Simple je..



Antara barangan yg dijual



Tukang jaga gerai bersama Husna (yg kanan sekali)
merangkap org kuat dana akhwt.



Credits utk yg tiada dlm gambar:
Syifa' (penjaga gerai yg juga tekun merangkap photographer)
Ikhwahs yg membantu - Akh Marwan, Akh Ramzan, Akh Usamah
Adik-beradik K-cfsN di belakang tabir yg memberikn sokongan
Mrk-mrk yg mendoakan lakunya jualan kami pd hari tersebut
Para pengunjung yg sudi singgah, beli mahupun tengok-tengok je.

p.s. Maaf gmbr ikhwah takde...huhu



Haflatul Wida' Akhawat Sem III, 2007/2008


Haflatul Wida' = Majlis Perpisahan

Kek yg Lazat



Perkenalkan Masu'lah kita, K.Sal (yg potong kek belah kiri)
Jzkk atas kehadiran, kak! ^-^




Sebahagian akhawat berkarisma bernilai yg hadir memeriahkan majlis


Alhamdulillah, Akhwt tlh berjaya transform ordinary days kpd something meaningful by spending precious times together sepanjang short sem yg lalu =D And all these wouldn't happen without each and every single one of you. Thanks yer! Semoga ukhuwwah yg terbina kekal berterusan sehingga ke syurga. Looking forward for more meetings this semester.