BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 11, 2010

Huflatul Qudum





















Pada 9 Jun 2010 diadakan huflatul qudum di surau blok E untuk meraikan ameerah baru dan kedatangan adik-adik baru..

Liqa' dimulakan dengan memeriahkan dengan mengimarahkan solat maghrib berjema'ah.Alhamdulillah syukur pada ilahi kerana bertemu dalam majlis ilmu.

Disertai dengan akak yang datang dari Gombak untuk briefing kepada adik-adik baru mengenai apa itu KARISMA.

Alhamdulillah.Mantap bagi adik2 1st year dan kakak 2nd year hampir kesemuanya 40 orang ahli termasuk ameerah baru iaitu Shifa' bt Ahmad Fairudz.

Ahlan wasahlan kepada akhowat yang baru menyertai KARISMA-UIA-NILAI.

Seramai hampir dalam lingkungan 4 orang sudah meninggalkan Bumi Nilai...Antaranya seperti berikut..
Kak Aisyah bertukar ke PJ kerana kos LAW berpundah departmen.
Zainab sudah menghabiskan semesternya ke Gombak tak lama lagi.
yang lain ana tak pasti siapa orangnya...:).Maaf.Sedih menyelubungi rakan-rakan seperjuangan yang sudah meninggalkan bumi Nilai.Semoga ukhuwah yang dibina berkekalan walau tidak bersua,tetapi dihati menjadi santapan untuk meuslehkan dan menggerakkan pada jalan dakwah.

Sedikit jamuan diadakan.Makan bersama-sama ameerah baru dan ahli baru.Dan tidak lupa juga 4 orang kakak yang sanggup menghadirkan diri dalam memeriahkan suasana hiflatul qudum.Terima kasih kak Asma',kak Syaima' dan yang lainnya.

Indahnya Yang Bernama Sabar



Assalamualaikum kepada sidang pembaca untuk KARISMA............


Maaf kerana sudah lama tak meng-update blog KARISMA UIA NILAI....

Ana didalam KARISMA pun orang baru......

Maaf bila jika kekurangan,tetapi diharap pengisian ini pengubat rindu dalam ruangan blog KARISMA-UIA Nilai.............

Tajuk yang ana ketengahkan adalah seperti tittle diatas.........

Indahnya Yang Bernama Sabar



Mahukah kita semua menjadi sabar?

Tahukah ikhwah dan akhawat sekalian bahawa sabar itu indah???

Inginkah ikhwah dan akhawat menjadi seorang yang sabar dalam melayari kehidupan???

Mudah-mudahan kita berada dikalangan ahli(hati-hati yang sentiasa bersabar)…Aminnnn…Ana doakan untuk kalian semua.Moga kita menjadi orang yang sabar.

Kerana apa ana mendoakan kalian semua???Kerana ternyata bahawa kedudukan seseorang yang sabar ditentukan oleh kualiti kesabarannya.Kenapa ana berkata begitu??

Cuba kalian menengok sendiri antara orang yang sabar dengan orang yang tak sabar.Apa natijah(keputusan) akhirnya??

Kalian berfikir sendirilah.Sudah pasti kalian tahukan apa jawapannya.

Haaa…Jadi Kalian pasti sudah berfikir.Maka apa lagi….


Nak hasil yang baik kita perlu ada kesabaran.Jangan main-main tau dengan yang bernama sabar.Sabar itu air yang menyejukkan,manakala orang yang tak sabar itu api yang panas membara.Kamu sendiri yang tentukan apa yang kamu kehendaki.


Wallaahu ma’assoobirin…;dan Allah beserta orang yang yang sabar[QS:Al-Baqarah:249].

Wastai’inuu bisshabri wassolah……Mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.[QS:Al-Baqarah:45]


Cuba perhatikan wahai ikhwah dan akhowat sekalian…untung tak jadi orang yang bersabar???kalian sendirikan yang dah tahu jawapannya.Sabar itu indah.


Kenapa dalam ayat al-qur’an ini menyebutkan dahulu tentang sabar dahulu,baru kepada solat???

Cuba kalian fikir…sama-sama kita berfikir…..hmmmmmm,yeaahh…



tekan lagi........







ke bawah lagi....





skroll lagi ke bawah.........







sabar yea ikhwah dan akhawat sekalian......

tekan lagi kebawah............






Jawapannya ialah kerana orang yang tidak sabar maka solatnya juga tidak akan khusyuk.Dengan automatiknya sepantas kilat pecutan seperti kereta Ferrari,orang yang sabar akan khusyuk dalam solatnya ketika beribadah.Nahh,itu dia jawapannya.



Sebelum ana akhiri posting ini......satu untaian puisi dilantunkan dalam erti kata indahnya yang bernama sabar.......


Melangkaui hati

Jadikan diri ini insan

yang sentiasa bersabar


Tidak akan pernah Allah uji

dengan nilai kesabarn

untuk mengkualitikan

dan mengislahkan dalam diri


sebagai para dai'e

muslih dan dengan tanggungjawab

banyak nilai kesabaran

yang bakal ditempuh


Duhai para ikhwah dan akhawat

pelbagai rintangan untuk

ditempuh untuk ke medan dakwah


bukan sukar dibiaskan

dengan erti kata sabar

sabarlah dalam menuntut perjuangan

sabar,sabar dan sentiasa bersabarlah

kalian semua untuk memenuhi

CINTA pada yang SATU!!!




Nantikan daripada ana post berikutnya dalam posting......Erti sabar......

Nantikan dari ana......

Komen dari antum dan antunna yang menghabiskan waktunya menjengah ruangan blog ini dipersilakan dan dialu-alukan untuk mengomentar............:)


Syukran kathira.........Assalamualaikum........