Assalamualaikum kepada sidang pembaca untuk KARISMA............
Mahukah kita semua menjadi sabar?
Tahukah ikhwah dan akhawat sekalian bahawa sabar itu indah???
Inginkah ikhwah dan akhawat menjadi seorang yang sabar dalam melayari kehidupan???
Mudah-mudahan kita berada dikalangan ahli(hati-hati yang sentiasa bersabar)…Aminnnn…Ana doakan untuk kalian semua.Moga kita menjadi orang yang sabar.
Kerana apa ana mendoakan kalian semua???Kerana ternyata bahawa kedudukan seseorang yang sabar ditentukan oleh kualiti kesabarannya.Kenapa ana berkata begitu??
Cuba kalian menengok sendiri antara orang yang sabar dengan orang yang tak sabar.Apa natijah(keputusan) akhirnya??
Kalian berfikir sendirilah.Sudah pasti kalian tahukan apa jawapannya.
Haaa…Jadi Kalian pasti sudah berfikir.Maka apa lagi….
Nak hasil yang baik kita perlu ada kesabaran.Jangan main-main tau dengan yang bernama sabar.Sabar itu air yang menyejukkan,manakala orang yang tak sabar itu api yang panas membara.Kamu sendiri yang tentukan apa yang kamu kehendaki.
Wallaahu ma’assoobirin…;dan Allah beserta orang yang yang sabar[QS:Al-Baqarah:249].
Wastai’inuu bisshabri wassolah……Mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.[QS:Al-Baqarah:45]
Cuba perhatikan wahai ikhwah dan akhowat sekalian…untung tak jadi orang yang bersabar???kalian sendirikan yang dah tahu jawapannya.Sabar itu indah.
Kenapa dalam ayat al-qur’an ini menyebutkan dahulu tentang sabar dahulu,baru kepada solat???
Cuba kalian fikir…sama-sama kita berfikir…..hmmmmmm,yeaahh…
tekan lagi........
ke bawah lagi....
skroll lagi ke bawah.........
sabar yea ikhwah dan akhawat sekalian......
tekan lagi kebawah............
Jawapannya ialah kerana orang yang tidak sabar maka solatnya juga tidak akan khusyuk.Dengan automatiknya sepantas kilat pecutan seperti kereta Ferrari,orang yang sabar akan khusyuk dalam solatnya ketika beribadah.Nahh,itu dia jawapannya.
Sebelum ana akhiri posting ini......satu untaian puisi dilantunkan dalam erti kata indahnya yang bernama sabar.......
Melangkaui hati
Jadikan diri ini insan
yang sentiasa bersabar
Tidak akan pernah Allah uji
dengan nilai kesabarn
untuk mengkualitikan
dan mengislahkan dalam diri
sebagai para dai'e
muslih dan dengan tanggungjawab
banyak nilai kesabaran
yang bakal ditempuh
Duhai para ikhwah dan akhawat
pelbagai rintangan untuk
ditempuh untuk ke medan dakwah
bukan sukar dibiaskan
dengan erti kata sabar
sabarlah dalam menuntut perjuangan
sabar,sabar dan sentiasa bersabarlah
kalian semua untuk memenuhi
CINTA pada yang SATU!!!
0 comments:
Post a Comment