BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 29, 2008

"KELAS BERENANG BERSAMA ABG DHANY"

MENCARI IKAN DUYUNG!!!!


Mimpi malam tersebut bukanlah mimpi yang biasa, namun kerja Tuhan siapa tahu? Mimpi berjumpa ikan duyung semalam rupa-rupanya merupakan alamat bahawa sesuatu yang berelemenkan air sedang memanggil, ya tidak lain dan tidak bukan,it's SWIMMING TIME!!!

Kali ini, Usrah Kecil Abg Dhany yang terdiri daripada Alip, Ramdzan, Hilmi, Amin dan Noramin diikuti Najib dan Syahir (Budak PJ) bersama-sama mengisi masa lapang dengan ber'usrah' di dalam kolam renang. Entah apa lah yang mereka buat dalam kolam mandi tu, adeh....




makan dulu dowh....bru hbs prgram....(ramzan cover misai skit no..)


tepat jam 10pm..ktaorg sampey kt tmpt kejadian....


sangap nk mandi dowh....adehh


di tmpat kejadian......


noramin suka no........ :)


tmpat kejadian II....


mengelamun sorg2 no.....


ukhwah yg mantop.......

Syukur kepada tuhan, tamat sudah perjalanan kami selama dua hari satu malam kat sana.Program yg dirancang dgn rapi oleh abg dhany,sedikit sebanyak memeberikan seribu satu pengalaman yang amat bermakna kepada kami. Indah sungguh dunia ini, nampaknya banyak lagi keindahan Alam yang masih belum diterokai, Indah kan kalau ber'USRAH'?



Budak Gombak: Budak Nilai ni dah melampau2 dah ni!!!! (hehe)

ICE SKATING-2nd EDITION!!!

SUNWAY PYRAMID menyambut sekali lagi!!!!

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, rombongan pertama ikhwah telah pun berjaya memajakkan bendera dakwah dan tarbiyah di bumi Ice Skating, SUnway Pyramid. Hal ini telah menimbulkan sifat hasad yang tidak terhingga nilainya kepada sahabat-sahabat yang lain, malah ada sampai yang meluahkan perasaannya seolah-olah seperti telah dipinggirkan oleh murabbi-murabbi mereka. Oleh kerasa desakan serta protes yang sangat-sangat melampau itu, dengan redha hatinya maka muncullah ICE SKATING 2nd EDITION!!!! (Boleler duit scholar baru masuk). Nikmatilah hidangan cerita kali ini yang pastinya dipenuhi dengan sisipan-sisipan menarik menerokai keindahan.

Bermulalah perjalanan dengan nama Allah....



breakfst dulu bai kt kwah thai..(lepaih ni x pi dah aih!!!!)


bermulanya perjalanan......


bersemagat waja beb...(ketaq lutut nk men dowh!!!)


ini bru saving....(scholar x naik dowh)


inilah tempat makan yg TERmurah....isk3


ikhwah dari jepun...(arigato ushaimas)


suasana yg meletihkan dan menyakitkan...adehh


memori yg terindah....sob3

Alhamdulillah, rombongan kali ini sungguh bergaya nampaknya. Rasanya tidak ada yang jatuh-jatuh macam dahulu, (hahaha). Apa-apapun, kenangan ini pastinya tidak akan kabur begitu sahaja. Selagi hayat kami masih di bumi ini, ukhuwwah Islami tetap bersemadi.


Jalan-jalan cari ubi
Tak tau ler lak yang ubi ini letaknya dalam tanah
Ikhwah dah pun main ice skating dua kali
Akhawat tak kan dah mengaku kalah?



next stop.....kena mai usrah nohhhhh!!!!

Friday, July 18, 2008

HaYya 'aLa sOlaH...

wahai ikhwan sekalian, mari lah kita sama2 hayati hadith ini...



tetapi hari ini kita sibuk dgn hal2 dunia.hingga leka,lupa dan alpa..
tidk salah jika ingn sibuk dgn hal2 dunia.mahupun berhibur di dunia.tetapi jgn lah kita lupa kita diturunkn didunia ini ada tugasan nya.jadilah seperti mana video clip ini...



tidak kira apa yg kita lakukan.pasti kan solat jgn di lupa kan...



solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
waAllahu 'alam... =D

Wednesday, July 16, 2008

SOLAT TAHAJJUD. KAPAN KALI TERAKHIR ANDA LAKUKAN?

Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam ialah solat tahajjud.

Sabda Nabi saw:
أفضل الصيام بعد رمضان ثهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل
“Puasa paling utama selepas Ramadan ialah puasa(sunat) pada bulan Allah iaitu Muharram. Sedangkan solat paling utama selepas solat fardu ialah solat malam (tahajjud)”. (Sahih Muslim, Kitab al-Syiam no.1163)


Solat tahajjud ialah solat sunat pada waktu malam selepas Isyak –sebelum masuk Subuh. Namun, waktu paling utama bertahajjud ialah 1/3 malam terakhir (kira-kira 3.00 pagi – masuk Subuh). Solat ini biasanya diganding dengan solat sunat witir sebagai penutup.

Dalil disyariatkan tahajjud ialah firman Allah swt :
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)

Dalil lebih utama dibuat 1/3 malam ialah sabda Nabi saw:
ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له
“Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya”. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1145)


CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD
- Boleh dilakukan 2 rakaat tanpa had tertentu. Malah, solat sunat witir 1 rakaat juga dikira tahajjud. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1137)
- Jumlah paling utama ialah tak lebih 11 atau 13 rakaat kerana itulah amlan Nabi saw. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 736 & Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1140)
Boleh juga dibuat 4 rakaat, 4 rakaat kemudian witir 3 rakaat (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1147). Samada 2 tahiyat 1 salam atau 4 rakaat sekaligus 1 salam. Jika solat 4 rakaat 1 salam, setiap rakaat hendaklah dibaca surah atau ayat al-Quran sesudah al-Fatihah.

SUNNAH TAHAJJUD
- Niat sebelum tidur hendak solat sunat itu. Jika sudah berniat tapi tak bangun, Allah tetap kurniakan pahala tahajjud. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1763)
- Hilangkan mengantuk dengan bersugi & berdoa:
لا له لا الله وحده لا شريك له.له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير. الحمدلله وسبحان الله ولا له لا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة لا بالله
Kemudian ucapkan :
اللهم اغفرلى
(Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no.1154)
Atau baca 10 ayat terakhir surah Ali Imran. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 763)
- Mengerjakan solat 2 rakaat yang ringan sebelum bertahajjud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 768 & Fath Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani jld 6 m/s273)
- Solat ini lebih utama dilakukan di rumah sendiri bukan di masjid kerana Nabi saw biasa melakukannya di rumah. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 781)
- Mengejutkan ahli keluarga untuk turut bertahajjud bersama. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1592)
- Memanjangkan berdiri dengan membaca surah panjang & melamakan sujud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 756 – Sahih Bukhari-

sumber: www.iluvislam.com
post by: alipkedah@yahoo.com

Saturday, July 5, 2008

KHULASATUL QAWL: IcE SkATIng final episode

BERAKHIRNYA SUATU PENGEMBARAAN....
ICE SKATING


berdinnerlah kami di chicken rice shop
Najib: tangan sape le lak ni


Gambar terakhir sekumpulan pejuang
Muaz: berjuang demi bangsa negara
Alip: Apsal gaya tangan hang camtu?
Khubaib: Jap2



Bermaghrib di Masjid
Muaz: ni sape ler lak kaco ana time2 maghrib ni...


Pengisian daripada Abang Dhany
Isa: Jam tangan aku ni buat hal ler lak
Syahir: abg dhany, nampak tak najib jatuh ice skating tadi?
Abg Dhany: Nampak sgt, padan muka, haha...




Pulanglah kami (Menunggu Bas)
Faiz: letih gak ek hari ni, satu hari berjalan
Zamzam: Letih mmg letih, tapi serius bez
Abg Dhany: Itulah nikmatnya usrah...
Alif: Haah jugak ye
Marwan: (menusuk kalbu betul kata2 abg dhany ni, insaf2)
Hafiz: :-)
Najib, Syahir, Isa, Khubaib: (apasaller lambat sgt bas ni)


Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan kami selama satu hari suntuk ini. Walaupun sedikit kepenatan, namun itulah manisnya ukhuwwah. Kadang2 kalau di universiti hanya sekadar jumpa dan bagi salam sahaja, tapi lepas main ice skating sama2, barulah terasa kenikmatan berukhuwwah. Ukhuwwah bukanlah hanya sekadar bertaaruf, namun haruslah mencapai tafahum dan takaful. Contohnya, apabila ada kawan kita terjatuh ketika main ice skating, seseorang yang mecapai tahap tafahum sudah pasti akan merasa malu juga sepertimana yang dialami oleh si penjatuh (lagi2 kalo yg jatuh tu macam superman), dan lantas membawa kepada takaful dengan menolong mengangkat si penjatuh tu. Ni tak, sume dok pakat2 gelak (hehe, jgn mare ye). Apapun, pengembaraan usrah kali ini tersangatlah bez. Terima kasih tidak terhingga diucapkan oleh Karisma UIA Nilai kepada akh Dhany (naqib kami yg bez) dan juga kepada Najib dan Syahir (selaku wakil daripada Karisma UIA PJ) kerana telah menemani kami berehlah sambil bermuhasabah buat kali ini. Semoga jasa-jasa antum semua akan dikenang sentiasa, insya Allah......(dan tidak lupa juga kepada akh Muaz al-Awwal kerana telah menghantar kami ke KTM.)..:-)
p/s: Kepada ikhwah2 len yang x berkesempatan, jgn kecewa, insya Allah aktiviti2 yg menarik akan menunggu antum sume, hidup NILAI!!!
Ramdzan: Next rehlah nak buat kt mana lak?
Alip: Kalau nak taw datangler usrah, hehe...
Ramdzan: adeh....
THE END





Wednesday, July 2, 2008

CINTA YANG BERMARUAH

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Kesimpulan: Perkahwinan Adalah Jalan yang terbaik untuk mengelak maksiat....

Sumber:iluvislam.com

post by:alipkedah@yahoo.com

Tuesday, July 1, 2008

BiDaDaRi SyuRga..(-__-)



Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka
bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah
dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-
bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi
kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi
kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri
nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah
tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang
bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya
dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia
menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia
lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu
diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam
singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.... lalu
diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu
wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam
mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya
sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan
tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu
diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan
agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat
Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda
tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah
pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah
menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi
yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...
benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...


p/s..jom same2 berjihad!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ALLAHUAKBAR..^_^