BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 1, 2009

KARISMA Setuju Usaha Meneliti Semula Sukatan Kursus BTN


Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) bersetuju dengan keputusan jemaah menteri untuk meniliti semula sukatan kursus Biro Tata Negara (BTN) dan memastikan program ini menyemai semangat patriotisme dan nilai positif yang sebenar di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia seperti yang telah digariskan dalam objektif kursus tersebut.


Penelitian tersebut harus melibatkan pendapat masyarakat madani melalui wakil sedia ada seperti aktivis masyarakat, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan mahasiswa yang pernah menghadiri kursus ini. Pandangan dari semua pihak perlu diambil kira sebelum penelitian menyeluruh dilaksanakan agar usaha mengemas kini sukatan tersebut benar-benar berkesan dan bukan hanya mencukupkan syarat semakan semula sukatan kursus.


25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali telah mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri dan pelajar IPT milik kerajaan negeri itu dilarang menyertai kursus BTN kerana kursus tersebut bermotifkan doktrinasi politik dan perkauman. Sebagai maklumbalas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan serta menyebut bahawa sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak mahu menyertai kursus BTN, maka itu adalah pilihan kerajaan negeri Selangor sendiri.


KARISMA turut mendapat maklumbalas daripada mahasiswa yang telah menyertai kursus tersebut bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr Halimah Ali ada kebenarannya. Memupuk sifat jati dalam diri setiap warganegara Malaysia adalah amat wajar, namun sekiranya penyampaian pengendali kursus menyentuh sensitiviti kaum, pasti ianya akan menyebabkan akal waras peserta sukar menerima fahaman yang diberikan. Dakwaan adanya tuduhan terhadap individu-individu tertentu yang dilihat bertentangan dengan haluan kerajaan pusat juga tidak perlu dilakukan di dalam kursus yang bertujuan menanamkan sikap patriotisme dan perpaduan masyarakat. Apatah lagi jasa-jasa kerajaan adalah sebenarnya tanggungjawab sebuah kerajaan yang dilantik rakyat, bukanlah senarai budi yang perlu dikenang dan dijadikan hutang oleh rakyat.


Meskipun modul JARI (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) sejak sekian lama digunakan dalam kursus BTN didakwa berjaya memupuk semangat patriotik namun kadangkala terdapat beberapa pengendali kursus ini yang telah mengambil kesempatan menimbulkan fenomena perkauman dan doktrinasi politik seperti yang didakwa oleh exco pendidikan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Dakwaan ini perlulah dikaji dan diatasi segera oleh pihak yang berwajib.


Tegasnya, KARISMA berpendirian bahawa usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu ini. KARISMA juga menyarankan supaya latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus dalam menyatupadukan kaum dan semangat cintakan negara tercapai. Usaha ini harus dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh Jabatan Perdana Menteri kerana sebelum ini sudah terdapat aduan dari ibu bapa peserta mengenai BTN tetapi tidak mendapat liputan seperti yang berlaku selepas larangan kerajaan negeri Selangor ini.


Pencapaian kursus Biro Tatanegara dengan mendapat maklum balas daripada peserta kursus akan datang diharapkan bersih daripada sebarang dakwaan doktrinasi politik mahupun perkauman. Adalah juga diharapkan sukatan kursus BTN yang baru benar-benar meningkatkan semangat cintakan negara, taat setia dan perpaduan masyarakat Malaysia seperti mana yang ingin diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia.


Kesimpulannya, KARISMA ingin menyarankan tiga perkata utama sepertimana yang telah disebutkan diatas iaitu:

1. Usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.

2. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu BTN.

3. Latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus BTN ini dapat dicapai.



--
ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD
PRESIDEN
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)

Monday, November 30, 2009

salam pengorbanan..salam iduladha

Jazakumullah pada sume ikhwah n akhawat yg sudi berkunjung ke laman kami walaupun agak lah lama tidak di update..
"pengorbanan"
Satu istilah yang sangat2 mudah disebut tetapi amat sukar dipraktikkan..kenapa ye??betapa besar cabang "korban" ini dalam kehidupan kita sebenarnya..berkorban lillahi ta'ala sahajalah yang mampu mengistiqomahkan kita dalam segala fi'il kita.
suami yang berkorban kerana sebuah keluarga akan kecundang,
isteri yang berkorban kerana suami akan kepenatan,
ibu2 n bapa2 yang berkorban kerana anak2 akan menangis kesedihan,
anak2 yang berkorban kerana ibubapa akan melupakan,
sahabat2 yang berkorban kerana kawan2 akan kehilangan..
semuanya akan terjadi apabila segala-segalanya tidak disandarkan lillahi ta'ala..
ingatlah firman Allah ta'ala
"Sesungguhnya Allah memberi bagi orang-orang mukmin jiwa-jiwa mereka"
apabila kita sedar akan segala-galanya hanya kerana Allah, insyaAllah Allah akan permudahkan semua urusan kita..kerana setiap pengorbanan adalah ujian..setiap ujian akan dinilai oleh Allah..dan setiap penilaian akan ada natijahnya yang akan kita saksikan di hari pembalasan nanti insyaAllah..
banyak mulut yang akan mengata, banyak mata yang akan memandang, tapi hanya dengan hati yang tulus ikhlas keranaNYA akan dapat melawan segala mehnah dan tribulasi samaada dari makhluk yang dapat dilihat mahupun yang tidak dapat dilihat..
jadi marilah sama-sama kita mentajdid niat kita akan segala pengorbanan yang telah mahupun yang akan mendatang hanya kerana Allah subhanahu wata'ala..
wallahu a'lam..
maaflah agak terlewat tapi peringatan x pernah ada istilah lambat atau cepat kan..

Thursday, September 17, 2009

Salam Eidul Fitri & Good Luck!!~


Berakhirnya Ramadhan kali ini, menandakan datang lah pula bulan Syawal.
Tapi bagi kita semua student CFS IIUM, berakhirnya Ramadhan menunjukkan bahawa kita semakin hampir dengan peperiksaan akhir bagi sem 1 sesi 09/10.
Bermulalah satu lagi perjuangan kita. Jika di bulan Ramadhan perjuangan kita ialah dalam mengejar keberkatan dalam ibadah supaya mencapai redha ALLAH,
tapi kini bermulanya perjuangan kita dalam mencapai kecemerlangan akademik.
Satu laga fasa buat kita sebagai seorang student juga dai'e.

Jangan kita lupa, dalam kesibukan mengejar ibadah untuk ukhrawi,
tapi akademik juga harus dijaga. Kita kenalah seimbangkan kedua-duanya sekali kerana ilmu yang kita belajar ni nanti boleh dikaitkan dalam dakwah kita. Lagipun, sebagai seorang dai'e,
kita dituntut untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya demi kemaslahatan masa hadapan.
ok!

First & foremost, ana ucapkan Selamat Hari Raya EIDUL FITR kepada sahabat2 semua.
Semoga dengan kedatangan syawal ini, kita tidak lupa akan Ramadhan yang bakal berlalu.
Baik2 ye bulan syawal nih, cabaran kita lebih besar tau!!
Ada dan nafsu. Jadi banyak2 kan lah ye lawan dua2 ni.



Seterusnya, ana nak ucapkan ALL THE BEST & Bittaufiq wan najah fi kulli imtihan.
Semoga Allah sentiasa membantu antum semua dalam mengahadapi peperiksaan ini.
Anggaplah ini seperti berjuang Fi Sabilillah.
Andai kita tak dapat nak berjuang di medan peperangan seperti di zaman Rasulullah & Sahabat, berjuanglah kita di dewan peperiksaan.
Lakukanlah yang terbaik untuk ummah!



Ilalliqa'~
.....Wassalam.....

Monday, August 24, 2009

Ahlan ya RAMADHAN!!!




'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan



Sudahkah kita melakukan checklist di bulan ramadhan ini??? Andai belum, yuk kita buat checklist sekejap~

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:


“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :


“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."


Tapi ingat kawan-kawan!
Jangan tiba-tiba nak ibadah banyak-banyak masa bulan ramadhan je, kita kena istiqamah jugak wat masa bulan-bulan lain jugak!! Cumanya, kalau sebelum nih ada yang kurang, masa ni laa waktu yang terbaik untuk menambahkan amalan ibadah kita.... dan selepas ni teruskan je.... jangan berhenti tau!!
Sebab, ibadah di bulan ramadhan bukannya adat, tapi adalah kewajiban bagi setiap insan dimuka bumi nih..So, kenalah wat sepanjang masa..... Apatah lagi kita ni telah diciptakan sebagai khalifah iaitu pemimpin. Jadi kenalah tunjukkan yang terbaik kepada semua, lagi-lagi kalau kita ada mad'u....
"What ever you do, portraits yourself"...

SELAMAT BERAMAL IBADAH!!~
Yuk, kita meriahkan RAMADHAN KAWAN2!

Friday, July 24, 2009

Pemuda dan DAKWAH


SIAPAKAH KITA???

Adakah kita seperti sahabat-sahabat di zaman Rasulullah yang begitu lantang menegakkan agama ALLAH??
Adakah kita ini pemimpin hanya sekadar pada nama sahaja??
Adakah kita antara orang-orang yang menyahut seruan dan memperjuangkannya??
Atau adakah kita hanya bergerak disebalik tabir sahaja???
Kita ni pemuda pemudi yang bagaimana??


Jika dilihat pada ‘product’ pemuda pemudi kita, sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

1. Golongan yang terus iltizam dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah.

2. Golongan yang sekadar hadir dalam aktiviti-aktiviti Dakwah & Tarbiyah.


3. Golongan yang tidak lagi ‘bersama kita’


4. Golongan yang melihat dan menilai kita lalu melihat terlalu banyak kelemahan yang ada pada kita lalu membentuk Toifah lain ( sisters/ liberal dsbg.) atau bergabung diri dengan Toifah lain.


Malangnya golongan pertama terlalu sedikit, mungkin segan kalau kita nak sebutkan tak sampai 10 peratus tetapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima. Pemuda dan perubahan Sebenarnya penggerak Dakwah diperingkat awal pengutusan Rasulullah SAW kebanyakannya terdiri dari pemuda-pemuda contohnya: Saidina Ali, Mus,ab, Saidina ‘Uthman dan lain-lain.

Dakwah juga cepat diterima dan berkembang di Madinah dan hebat mendapat tentangan di Makkah juga kerana faktor pemudanya. Penduduk Makkah dikuasai oleh golongan tua yang sukar meninggalkan pegangan lama mereka. Manakala Madinah pula majoriti yang menguasainya adalah pemuda kesan dari peperangan antara puak Aus dan Khazraj yang berlangsung hampir 200 tahun yang telah mengorbankan ramai generasi tuanya dan meninggalkan pemuda-pemuda sebagai pewaris mereka.

Abdullah Nasih ‘Ulwan pernah menyebut:
“Di sebalik keagungan ilmu dan ketamadunan Islam, maka kita dapati generasi pemudalah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat mengkagumkan sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berJihad untuk berdakwah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu...”


Dan beliau juga menyebut:

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”

Pemuda dan kemudaannya. Berbalik kepada persoalan asas yang dibincangkan; kenapa begitu sedikit yang dapat terus istiqamah dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah. Persoalan ini mungkin terjawab dengan kita mengenali siapakah pemuda dan apakah pengisian yang sepatutnya berlaku pada tempoh umur ini.

Zaman muda ialah suatu zaman yang cukup bergejolak, agresiff, bertenaga, cita- cita yang tinggi, keazaman yang kental dan semangat yang membara. Inilah keadaan pemuda di setiap zaman. Namun yang berbeza mungkin persekitaran yang ada disekitar mereka.

Pemuda-pemuda kita hari ini tidak banyak terikat dengan tanggungjawab, membesar dalam kemewahan dan kesenangan hidup, segala yang dihajati dicapai dengan mudah. Mungkin inilah yang membezakan kita dengan pemuda-pemuda Kahfi, pemuda Madinah dan pemuda awwalun yang lain.

Thursday, July 23, 2009

..::midbreak::...

Alhamdulillah..stlh penat mengasah minda mnjawab soalan2 power lagi mencabar ms imtihan hr tu, akhirnya tibalah masa yg dinantikan oleh semua student yg blh kate agak j.a.r.a.n.g or x prnh balik rmh sejak start semester hr tu nk blk rmh.. s0, cuti mid-break kali ni kalau blh mjadi masa ygterbaik untuk merealisasikan sgl rncangan @keinginan yg tergendala utk dilaksanakan.. bg yg seni0r2 08/09 myb ni yg 3rd time kot.. tp bg yg adik2 junior ni mgkn 1st time u all midbreak time kt kampus kn?
s0, ape perancangan u all time cuti ni??
hurm..let's see..

  • t.I.d.0- ni mmg blh kate xyah nk rncg la..blh b'laku scr automatik..wpun xsdr..
  • l.e.P.a.k
  • s.h.0.p.p.i.N.g
  • teng0k t.v
  • c.h.a.t.t.i.n.g

atau pun......

  • t.0.l.o.N.g mama
  • s.t.u.D.y
  • menikmati keindahan a.L.a.m ciptaan ilahi
  • u.p.d.a.t.e hafazan
  • b.a.c.a buku ,novel or e-book
  • memikirkan p.L.a.n ms hadapan

walau ape pn yg u all nk buat time cuti ni, pstikan ianya membawa kebaikan kpd diri u all dan org dsekeliling kita..firman allah dalam surah al-'asr,

"demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali bg orang-orang yg beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dgn kebenaran dan kesabaran.."

haa.. mungkin kalau kt nk ckp tentang m.a.s.a ni x lah semudah kita nk menyebut perkataan m.a.s.a. itu sendiri, ttp sy percaya yang kita semua ni tahu makna yg tersirat dsebalik perkataan m.a.s.a ni sehinggakan allah sendiri bersumpah dengan m.a.s.a so, ingatlah yang masa ni, takde masa nk buang masa dengan kita, cuma kita ni je yang selalu membuang masa..

fikir-fikirkan dan selamat beramal~

wassalam..

Saturday, July 18, 2009

Assalamu'alaikum~



Alhamdulillah... setelah sekian lama tidak diupdate, akhirnya setelah mendapat tau mengenai butir-butir peribadi, ana pun mengambil inisiatif untuk mengupdate blog ni. Agaknya kalo blog ni adalah buku di library, dah berhabuk rasanye... hehe.... Mungkin jugak dah rapuh dimakan ulat buku (kalo library x de air-cond la)... Hmm.. Macam-macam.. Rasanya kalo nak cerita aktiviti-aktiviti yang dah berlaku di Cenfos Nilai tuh macam dah lapuk jugak kot. Tapi x pelaa.... Ana akan cerita juga. Tapi ni cuma aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh akhawat sepanjang Sem 1 sesi 09/10 je.

Okeh, Sem 1 sesi 09/10 telah bermula pada 1 Jun 2009 bagi pelajar-pelajar 2nd year cfsiium tapi untuk pelajar-pelajar 1st year, diorang mula awal sikit sebab ada ta'aruf week. Apa yang ana tulis ni berdasarkan apa yang ana ingat je. Buku catatannya tinggal di Nilai. So, kalo ada yang tertinggal tuh, harap maaf ye! Tarikh2 tu pun ana ingat2 lupa. hehe.....

1st week- kami bermula dengan meng'GEMPUR' adik-adik. Contact sana-sini untuk berkenal-kenalan dengan mereka. Wah! Agak ramai juga ye adik-adik yang masuk Cenfos Nilai ni berdasarkan list yang kami dapat.

2nd week- Kami telah berjumpa dengan adik-adik buat pertama kalinya di perkarangan Masjid BBN. Wah!! X kami sangka yang rupanya kami ni dah jadi senior. Bukan setakat senior tapi juga penggerak di Cenfos Nilai. huhu..... tunggu punya tunggu, rupanya adik-adik ni pun tengah menunggu kami. Kan dah membuang masa tunggu menunggu. Hisy.... tp xpe! Yang penting perjumpaan untuk ta'aruf ni dapat dilaksanakan.
hmm... perjumpaan pertama ni x ramai yang datang tp kami teruskan juga. Yang ana sangat kagum, majoriti yang datang masa ni bukan dari kalangan orang-orang yang kami contact. Wah!! Bagus... Satu permulaan yang baik untuk mencari mad'u baru...

3rd week- Datanglah akak-akak dari Gombak yang diketuai oleh Kak Maryam Muhammad untuk usrah gabungan yang pertama sementara adik-adik ni x ada kumpulan usrah lagi. Macam biasa, dimulakan dengan ta'aruf seterusnya ada sedikit tazkirah, games dan pengenalan mengenai usrah. Kehadiran adik-adik kali ni lebih baik dari yang sebelumnya..

6 July 2009- Kami telah mengadakan iftar jamai'e bersama-sama semua ahli karisma akhawat. Tapi yang datang x ramai sebab ramai yang clash masa dengan kelas. Kami pun teruskan dengan mereka yang hadir. Syukran kepada mereka yang datang juga walaupun kelas habis lambat. Aktiviti petang tu dimulakan dengan bacaan ma'thurat, tadarus qur'an, tazkirah, games dan akhirnya solat dan berbuka bersama-sama.



~games sarang ukhuwah~



antara mereka yang hadir.

9 July 2009- Bermulalah secara rasminya usrah bersama naqibah masing-masing. Usrah untuk adik-adik 1st year ada 5 group manakala sahabat-sahabat 2nd year ada 3 group. Alhamdulillah, kami dibantu oleh makcik serta akak-akak dari JIM IPT untuk mengendalikan sahabat serta adik-adik karisma ni kerana ketandusan naqibah (mak ai!! dahsyat bunyi~). hehe... tapi hakikat kenyataannya memang macam tu.

Alhamdulillah.... selesai lah sudah ana meng'update' aktiviti akhawat di Nilai. Fuh!! Ni baru sikit. Lepas ni kalo ada aktiviti lagi, ana akan pastikan ada gambar. tp pakai camera hp ni low quality sket. tp xpe laa ye. asalkan ada laporan bergambar. Okeh!!
Setakat ini je dulu daripada ana. Sekian, wassalam.


laporan oleh;
~~
Ameerah K-CFSIIUM, Nilai



Zikir dan Fikir kita dimana???


Biasanya perkataan ZIKIR lebih dominan dengan golongan agama, manakala perkataan FIKIR pula ditujukan kepada mereka yang berfikir ataupun dikenali sebagai intelektual. Perlabelan ini menjadi semakin jelas ketika zaman pertengahan Eropah wujud. Pertembungan dua gelombang antara golongan beragama dan golongan berfikir semakin meninggi, semuanya bermula dengan keengganan gereja menerima dan mengiktiraf pandangan-pandangan saintis ketika itu.

Semasa zaman pertengahan Eropah yang dikenali dengan zaman Enlightment (pertengahan abad ke-17), masyarakat yang berfikir sentiasa dimusuhi oleh masyarakat yang berzikir. Peristiwa pertembungan antara golongan gereja dan ahli sains ketika itu telah mencipta jurang yang sangat besar antara ZIKIR dan FIKIR. Kemuncaknya apabila Galileo dihukum sebagai pembuat bidaah dan berbahaya oleh pihak gereja.

Ini kerana teori yang dikemukan oleh Galileo iaitu Matahari adalah pusat cakerawala dan bukannya Bumi. Manakala golongan FIKIR pula menjadi elergik terhadap golongan ZIKIR. Pada pandangan mereka, golongan ini adalah manusia yang tidak produktif dan manusia yang tidak menyumbangkan apapun terhadap ketamadunan. Maka muncullah golongan Sekularisme dimana kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan (Zikir) tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran (Fikir).

Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dari kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Islam melihat permisahah ini sebagai satu racun dan kemudaratan terhadap sistem kehidupan. Islam tidak membenarkan permisahan antara ZIKIR dan FIKIR, kerana Islam mengiktiraf kedua-duanya sebagai saling melengkapi.

Larangan pemisahan jelas dapat dilihat didalam al-Quran apabila, Allah menyuruh orang-orang beriman agar mengambil agama secara keseluruhan iaitu ZIKIR dan FIKIR. Firman Allah;

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

Peringatan ini sangat diperlukan apabila sebahagian umat Islam sudah mula untuk cenderung mengambil sikap memisahkan antara ZIKIR dan FIKIR. Sejak kejatuhan Khilafah Turki Utsmaniah pada 1924, kecenderungan ini mula nampak apabila Kamal Attartuk memisahkan rakyat Turki dari agama dengan kehidupan apabila secara rasminya meletakkan negara itu dibawah bumbung pemerintahan Sekuarlisme.

Bukan hanya rakyat Mahrain yang terpengaruh dengan doktrin pemisahan ZIKIR dan FIKIR ini, malahan para sarjana Islam juga tidak terkecuali. Syeikh Ali Abdul Raziq (1888-1966) seorang sarjana dalam bidang Syariah dan juga Syeikh di Al-Azhar, mencetuskan kontroversi apabila buku beliau yang bertajuk “Al-Islam Wa Usul Al-Hukm” (Polemik Islam & Dasar Pemerintahan) yang diterbitkan pada tahun 1925 sejurus setahun selepas kejatuhan Khilafah Utsmaniah membicangkan dan menekankan bahawa politk dan sistem pemerintahan seharusnya dipisahkan dari agama.

Buku beliau mendapat bantahan yang keras dari pelbagai sarjana Islam dan Universiti al-Azhar telah melucutkan gelaran Syeikh daripada beliau. Peristiwa ini sangat jelas memberitahu kepada kita bahawa kekalutan dan kemudaratan yang besar akan berlaku apabila ZIKIR dan FIKIR tidak lagi disatukan. Di dalam kita berzikir dengan merenung dan bertadabbur ayat-ayat Quran, sebenarnya dalam masa yang sama kita juga menggerakan minda kita untuk berfikir.

Buktinya sangat jelas apabila Allah mengkhbarkan kepada manusia tentang Matahari bukanlah statik tetapi mempunyai orbitnya sendiri melalui surah Yassin ayat 38,


وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ


Maksudnya:..dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui.

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Quran ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama.

Di dalam kita berzikir sebenarnya kita juga berfikir, fakta ini juga membuktikan bahawa Islam tidak pernah memisahkan manusia khususnya penganutnya dari Zikir dan Fikir. Malahan meraikan kedua-duanya, kerana kedua-duanya sangat diperlukan dalam membina sisitem kehidupan yang sejahtera dan bertamadun. Buktinya, Allah berkata dalam surah al-Imran ayat 191,

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ
رَبَّنَا مَا خَلَقْت هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Jadi persoalannya kini, dimanakah ZIKIR dan FIKIR kita? Tepuk dada tanya IMAN kita sendiri....



Wednesday, March 11, 2009

BERCINTA IKUT SYARIAT??? YEKE??

assalamualaikum....
lame betol blog ni x diupdate..
so..sy nk menyumbg 1 artikel ni..mgkn ade yg dah pernah bace..
yg penting ambil pengajarn drnye..

artikle ni sy post khas untk akhawat sume..
hm...kat luar tu byk betol godaan kn...?
kdg2 maksiat tu x nmpk cam maksiat pon...
kat sinilaa dugaan kite..kalo kite kuat insyaAllah kite dpt bertahan,..tp kalo x kuat???huhhh...na'uzubillah..
ok laa..same2 kite hayati



1. A’kum .Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk.
Dah lama sy
prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite leh brkenalan. ..
ukhuw ah filla h org kate. .sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy.

Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan
mgikut syariat.
Sy tau sy bukan baik sgt,
tp demi Allah , sy cuba wat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..
jgn bagi org lain nmpk. . kuar ngan kwn2 tau..
jgn sorg2 . .blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. Wak, nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2 . . ye..mmg sy xde hak pun. .sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne.
Kite slalu nmpk dari jauh jek..tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak. .awk cinta sy x? xnk bgtau .. tp sy tau awk cinta sy. .awk da malu nk
jln tmpt sy lepak sbb malukan? . . kih3. .tq..
i love u too..

5. Wak, selain family, Allah dan rasul Nyer. .
awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?

6. Wak wak. .dr kawan kite just pggl sy awk je..
mcm x special plk diri sy utk
awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni.

Pggl ayang .. bole ke? Awk pggl sy bi
ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan. .
just panggilan je. . thanks ayang ..
love u. ....

7. Yang.
kekdang bi tgk ayang ni
mcm x prcaya bi je.
Yela, bi just
tanya ayang pkai apa je kan ..
tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni. ...
hihihi..

8.
Yang bi nak ayang tau, ayang lah segalanya utk bi,
ayang la pmberi semangat utk bi...
yang. . . ..bi harap bi ngan ayang xde rahsia lagi ek..
jgn risau . . inikan
membuktikan bi caring..
so jgn risau . . k. . yeye.. .

bi janji kan jaga rahsia kite. . just msg je kan. . love u..

9. Ayang ..da lama kite msg,
leh kite jumpe x? ye. . ayang bwk la kawan 2 k..tq
ayang .....

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..
abg tggu lame da. .abg tau.. . kite x leh pakse dlm
hubun gan. .la iqra hafid din. . hehe. .

sikit sikit je. . kih3. .

11. Hi ayang , watpe 2? Nk ckp sket. .
nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg? ...
ayang x caye kat abg eh.. huhu. .

12. Ayang . . kite jumpe k? . .abg suka ayang pakai
tudung yg abg beli tu. .cam
wardina lak. .bkn ayang x cntk. .
just nmpk mkn cntk la. . nipis sikit je..
nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..

13. Ayang . .abg sory ngan apa jd td..
abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckp
ayang eh, trsentuh xpe. . ter. .
hehe. . makin tebal la pulak cinta abg kat ayang ..

14. Tq jumpa td, ayang cntk la..
Ololo . .abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe. .
Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek. . hoho. .
tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je..
senang la kita jumpa pasni ..
tgk. . Allah memberkati hubungan kite. .
ayang solat dah ke? Doakan abg
skali ek. . miss u..

15. Ayang . . just nk tanya ..
ayang cinta bg berap a percent? Apa tanda nya eh?
50% je. . . huhu. . yang. .

just nk tanya . . rambut ayang panjang x?
just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek..
yg abg bg kat ayang tu.. Ayang ..bg la gmbr
ayang special untuk abg yg pakai tudung td 2..
Cntk nye ayang . . gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang. . ayang cinta kan abg berap a percent?
Sepenuh hati? ?? Thanks ayang . . love u too..


18. Ayang ..da lame kita couple kan..
xkan abg pegang tgn pun nak
marah .. ayang kan milik abg. .
Thank 4 being under standing. .


19. Ayang kata ayang cinta kan abg sepenuh hati. .
kalu gitu. .apa buktinya
ayang cinta kan abg. .?

SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.. ....



PEGANG TANGAN- > TERABE- > TERLANJUR- >
TERBUNTING - > TERBUANG ANAK- >
TERMALU- > TERTEKAN- > TERSEKSA- > TERBUANG- > - > ->->-

JIKA INI BERTERUSAN , MUNGKIN TERBUNUH DIRI. ...

semua nya TER aje kan. ...

TER KE? ????


tepuk dada, tanya iman. .


BERMU LA DARI SMS BERBU NYI,
* * * * * * * * * * hai, bole sayer kenal . . . . * * * *****

( ayat di atas td contoh msg, anggap no itu stage stage untuk antum kearah. . . . ter. ...

berhenti sebelum, ter. .... hmm. . ) one goes to another..

Hmm. . bestkan? So apa lagi. . Renung renungkan.

p/s jgn salahkan keadaan

Saturday, January 10, 2009

Gaza Massacre

Update berita tentang Gaza:
http://electronicintifada.net/
http://palestinkini.info


Qunut Nazilah: