BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 28, 2010

Mata Hati






Bila mata hati membuka tabir tirai sebuah kehidupan manusiawi. Tiada siapa merenungnya ke dalam jiwa nur iman firdausi lakaran sentuhan firman dari KasihNya.

Pabila saat itu,

Mata memandang kebesaran ilahi,

Akal berfikir dengan kerenah manusiawi,

Kepala mendongak mencari-cari,

Mulut menutur kalam bicara dari ilahi,

Lidah membicarakan tentang pahala dan dosa,

Tangan mencoret pena kurniaan dari ilahi,

Hati yang bersarang mengungkap ceritera maknawi,

Perut merungkai segala bersedap-sedapan,

Kaki menghayun langkah menuju makrifatullah.

Sebuah janji telah terpateri dari pemilik diri bahawa tiada siapa yang dapat menyangkalnya. Seusai mata melebar pada sebuah pentas penghidupan untuk memenuhi bekalan yang akan berseteru langkahnya kepada sebuah kota yang kekal abadi. Gemerlapan dalam gapaian seorang insan mentadabbur tentangNya. Sungguh 'lucky' insan itu melebar jalurkan dalam pentas scenario perjalanannya. Gerakan pentas itu semakin terisi dengan kesedapan seperti di alami oleh perut. Tetapi, sekalian manusia itu perlu sentiasa mengisi terus menerus agar tidak gersang meliputi dalam nur iman daripada gelombang anasir yang bercanggah dengan aturan yang telah ditetapkan dariNya. Memohonlah dariNya agar terpelihara santunan iman di segenap sanubari. Dalam gerakan sanubari rindukan cinta dariNya bersemi di hati agar menjadi insan yang lebih matang menghadapi hidup dengan naungan cintaNya melekat di nur iman bercahaya kemilauan.

Jika saat itu telah tiba,tiada lagi hati yang gundah.Merangkap tanda syukur pada ilahi betapa besar nikmat yang telah di berikan. Di ceritakan oleh ceritera kalam dariNya, berdoalah kepadaKu, berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan doamu.

Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan kami Telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya),

(QS:alhijr:16)

Mata hati iman melihat keindahan yang ada di langit dan di bumi. Bagi orang-orang yang memandang dan berfikir dengan setiap ciptaan dariNya pasti akan merasai dengan tanda syukur segala nikmat yang telah di berikan.

Merenungi langit seolah-olah melihat kekuasaan Allah ketika berlakunya isra' mikraj kepada Nabiyullah s.a.w, Subhanallah!

Memandang tanah seolah-olah melihat kejadian manusia pada asalnya dari sari pati tanah kepada diri yang merasa betapa kerdilnya diri, Alhamdulillah!

Menapak diri pada bumi seolah-olah mengabdikan diri kepadaNya andai hari esok sudah tiada lenyap di telan bumi, Lailaahaillallah!

Merindukan hirupan angin seolah-olah mendapat merasai hembusan nafas kepada sebuah kehidupan yang berdamping di singgah sana yang

sementara, Allahuakbar!

Meresapi pada siang hari yang terik mentari melaksanakan fardhu ain dan kifayah semata-mata tuntutan sebagai khalifah di muka bumi, Syukurilah!

Mentadabbur pada malam hari dengan melihat kerlipan gugusan bintang yang indah bertemu denganNya dalam dakapan rindu dan semata-mata

mengharap redhaNya. Astaghfirullah!

Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit.

(QS:al-imran:5)

Maha suci Allah, tidak ada pun yang tersembunyi dari pandanganNya melainkan hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.Subhanallah.Walaupun diri kita menyorok di segenap penjuru hingga ke hujung dunia, Dia mengetahui segala-galanya apa yang telah engkau telah perbuat.

Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur)[ketika peperangan badar berlaku]. Segolongan berperang di jalan

Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan

bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.

( QS : al-imran :13)

Ada sebuah kisah yang ingin diceritakan jika manusia itu tidak melihat dengan mata hati. Kisah ini mungkin masih ada yang berlaku pada zaman era globalisasi pada zaman ini

mungkin ada yang marah, tetapi ingat jika kita asyik terus menerus memarahi, ianya sia-sia. Kita ada mata, kita ada hati, bukalah dengan mata hati. Ikuti kisah ini, sebagai madah hati untuk pelajaran. Buka mata,sedarlah, sedarlah dengan mata hati sebagai manusia biasa yang tak pernah lpeas dari membuat kesilapan. Aduh...sakitnya...isk.....aduuh....bang sakitnya tak tahan saya" keluh Zaty pada suaminya Aliff.

"Apelah awak ni....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Ni mesti ada benda yang tak elok awak buat, itulah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Aliff pada Zaty.

Zaty hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Zaty dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati AZaty bila Aliff berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Aliff terhadapnya. Seakan-akan membenci Zaty dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (doktor peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Zaty hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Aliff tadi. Doktor Hamdan menyuruh Zaty meneran ..."Come on Zaty u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Hamdan itu membuatkan Zaty bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Hamdan selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Zaty terasa sakit lagi dan Zaty meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Zaty u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Hamdan memuji Zaty. "Tahniah Aliff,it's a twin" Doktor Hamdan mengucapkan tahniah kepada Aliff. Aliff hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Hamdan itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Zaty namakan Muhammad Umair al-Hilali dan Nur Umairah al-Qutaibah. Zaty berasa lega, tapi Zaty masih lagi teringat kata-kata Aliff padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Zaty selalu kecil hati . Tapi Zaty tahankan sahaja. Zaty tahu kalau Zaty mengadu pada emak, Zaty akan dimarahi semula. Jadi Zaty hanya diam dan memendam rasa. Umair dan Umairah diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Zaty berehat kemudian dapatlah Zaty menyusukan Umair dan Umairah. Comel sungguh kembar Zaty. Zaty termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Zatymengandungkan kandungannya, Aliff selalu memarahi Zaty, ada sahaja yang tidak kena. Kata Zaty yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Zaty. Tak sanggup Zaty hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Zaty kuatkan semangat dan pendirian Zaty.

Ingat lagi waktu Zaty mula mengandung Aliff tak percaya Zaty mengandung

anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Zaty

mengandung. Aliff ragu anak dalam kandungan Zaty. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung. Zaty dah 2 bulan. Zaty cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Zaty tak tau nak cakap apa.

Zaty balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Zaty gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Zaty bangga Zaty dapat memberi zuriat kepada Aliff. Tapi apa yang Zaty dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Zaty. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Zaty sahaja. Kenape bang?" soal Zaty pada Aliff . " Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pulak" Aliff menempelak Zaty "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Aliff lagi. "Abang syak Zaty dengan lelaki lain ke? Kenapa Abang syak yang bukan-bukan, Zatykan isteri Abang yang sah tak kanlah Zaty nak buat jahat dengan orang lain pulak bang"? terang Zaty pada Aliff. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap macam tu bang. Itu semua kehendak ALLAH" Zaty senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Aliff meleraikan pelukan Zaty dengan kasar sehingga Zaty hampir tersungkur. Zaty menangis dan sedih. Aliff buat tak tahu sahaja. Deraian air mata Zaty semakin laju. Zaty hanya mampu menangis. Terasa dada Zaty sakit menahan semua tohmahan daripada Aliff, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Aliff, kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Itu dulu kawan kau lama tu yang satuopis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Aliff.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee

teruk. Nasib aku la dapat bini macam engkau ini"kutuk Aliff lagi pada Zaty.

"Bawa mengucap bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan

perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Zaty

pada Aliff.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah

tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap

Zaty sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Zaty terpaksa mengikut Aliff ke tempat kerjanya

apabila habis waktu kerja. Zaty berehat di surau tempat Aliff bekerja.

Aliff bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut

shif.Kalau Aliff shif malam terpaksalah Zaty menunggu Aliff sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis pusat membeli-belah itu tamat waktu

perniagaannya. Zaty terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan

mengatakan Zaty buat overtime di pejabat. Zaty terpaksa berbuat demikian

kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Zaty gagahkan juga. Tetapi kadangkala Aliff tidak menjemput Zaty di tempat kerja terpaksalah Zaty menaiki bas. Begitulah Zaty sehinggalah Zaty hampir pada waktu bersalin Zaty. Kalau diminta jemput, macam- macam kata kesat dilemparkan pada Zaty, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Zaty naik marah kerana Aliff jemput Zaty lambat sampai sakit pinggang Zaty menunggunya. Zaty menangis. Aliff tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Zaty macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan kepada Zaty. Zaty bertambah sedih mengenangkan diri Zaty, mengadu kat emak takut dimarahi pula, bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh. Zaty sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah

melanda perkahwinannya. Kasihan Zaty, dalam keadaan yang begitu Zatymasih

mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Aliff dalam keadaan marah telah menarik rambut Zaty dan menghantukkan kepala Zaty ke dinding. Zaty hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Zaty nak pergi ke rumah Mak Usu Zaty yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Zaty dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Zaty mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.

Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita

kahwin mereka bekerja keras kan "kata Zaty pada Aliff. Aliff ketika itu sedang

berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut

pulak hujan nanti"desak Zaty lagi. Tiba-tiba Aliff bangun dan mukanya

bengis memandang Zaty "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, suka hati aku la nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ke"marah Aliff.

"Itu Zaty tahu, abang dah berehat dari pagi tadi bang masih penat lagi,

Zaty cuma nak ingatkan abang saja"Zaty memberitahu Aliff. Aliff datang pada

Zaty dan direntapnya rambut Zaty dan di hantukkannya kepala Zaty kedinding.

Zaty tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Aliff berbuat demikian, terasa kebas kepala Zaty dan mula membengkak. Pening kepala Zaty dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Zaty dalam hatinya. Zaty memencilkan diri Zaty disudut dinding dan menangis. Aliff kemudian duduk diam.. Zaty rasa kepala Zaty macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak berdenyut2."Bang, Zaty minta maaf jika Zaty membuat abang marah" Zaty memohon maaf pada Aliff sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet.....bunyi handphone Aliff. "Sapa pulak ni yang sebok

je"Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah

sebuah cafe? "Hoi, Encik Aliff, bini ko kat wad tak pergi jengok ke, apa

punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Aliff. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Aliff dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Aliff ni tak ada risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau, mereka perlukan kita masa tu, nyawa mereka dihujung tanduk

semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba

fikir sikit" Azlan mengingatkan Aliff. "Iyelah, Lan, lagipun Zaty dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat la, apa aku nak risau lagi" jawab Aliff selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal

Aliff, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Aliff. "Hello Aliff speaking" jawab

Aliff. "Hello Aliff, Doktor Hamdan sini, ade masalahlah Aliff, pasal Zaty, datang

segera ke hospital ya Aliff, Zaty tidak sedarkan diri."panggilan kecemasan dari Doktor Hamdan "Iye ke, teruk ke dia Hamdan , okey I datang"...tuttttttt . Aliff menamatkan perbualannya dengan Doktor Hamdan. "Lan. Kau ikut aku, Zaty tak sedar diri ..."ajak Aliff pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Aliff.

"Alah jom ler cepat" desak Aliff. "Aliff, kami tak dapat selamatkan Zaty, Zaty mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Zaty jatuh atau terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Hamdan dengan serius dan ingin penjelasan Aliff. Aliff hanya mendiamkan diri. Automatik otak Aliff teringat yang dia pernah menarik rambut Zaty dan menghantukkan kepala Zaty kedinding sekuatnya dan selepas kejadian itu Aliff tidak pernah pun membawa Zaty ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Zaty sering sakit kepala yang teruk tapi Aliff tidak pernah mengendahkan kesakitan Zaty baginya Zaty mengada-ngada saja buat sakit untuk minta simpati tetapi sebaliknya Aliff hanya diam."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil.

"Doktor Zainal yang merawat Zaty kerana Zaty mengadu sakit kepala sewaktu

Zaty memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya

so Doktor Zainal membawa Zaty ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya

dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang

kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Zaty tidak mahu di operation

sebelum meminta izin dari kau Aliff, Zaty telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Zaty, Zaty minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Aliff. ALLAH berkuasa Aliff kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Hamdan lalu memberikan Aliff sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Aliff mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Zaty, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Zaty dan peristiwa yang berlaku pada Zatypada setiap hari , Aliff membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Zaty semuanya tertera di diarinya. Dan Aliff dapati

setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Aliff terhadap Zaty."YA

ALLAH kenapa aku buat Zaty begini" terdetik hati Aliff selepas membaca

tiap lembaran diari Zaty. Dan terpandang oleh Aliff mukasurat akhir lembaran

diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering membuat

Aliff tertarik untuk membacanya. Untuk suami Zaty yang tersayang, I LOVE U bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga ros merah ni, abang berikan pada

Zaty sewaktu mula mengenali Abang. Lama Zaty simpan bunga tu bang. Bunga

inilah lambang bermulanya perkenalan Zaty dengan abang. Zaty benar-benar

menyayangi abang. Zaty menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Zaty.

Abang tak pernah tahu kan. Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya

Zaty. Terlebih dahulu Zaty ingin sangat dengar abang panggil Zaty AYANG seperti

kita baru kahwin. Abang panggil Zaty AYANG terasa diri dimanja bila

abang panggil Zaty macam tu walaupun Zaty dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang

dan tidak kedengaran untuk Zaty lagi. Kenapa? Bencikah abang pada Zaty?

Abang, mukasurat ni khas untuk Abang. Bacalah semoga abang tahu sayangnya

Zaty pada abang. Abang ingatkan hari ni hari ulang tahun perkahwinan kita

yang pertama dan Zaty hadiahkan kat abang, Umair dan Umairah. Untuk Zaty

tak perlulah abang bagi kerana tak ada apa yang Zaty inginkan melainkan kasih

sayang abang pada Zaty. Zaty akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian

untuk diri Zaty. Nisa pergi untuk menemuiNYA. Zaty harap abang akan menjaga Umair dan Umairah dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Umair dan Umairah tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Zaty dan mereka adalah darah daging abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Zaty tapi bukan mereka. Sayangilah mereka. Zaty ingin mengatakan bahawa Zaty tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan abang sahaja di hati Zaty. Jiwa dan raga Zaty hanya untuk abang seorang. Terima kasih kerana abang sudi mengahwini Zaty walaupun Zaty ini cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Zaty dari kecil hinggalah Zaty bertemu dengan abang dan berkahwin. Zaty harap abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Zaty tidak mahu mereka mengikut jejak

kehidupan Zaty yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan

dari darah daging Zaty tapi Zaty bersyukur kerana dapat mengecapi kasih

sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Zaty harap sangat abang akan sentiasa

memberitahu pada kembar kita yang Zaty ibunya akan sentiasa bersama

disamping kembar kita, walaupun Zaty tak dapat membelai dan hanya

seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Zaty.

Berjanji pada Zaty dan ingat UMAIR dan UMAIRAH adalah darah daging

abang. Ampunkan Zaty dan halalkan segala makan minum Zaty selama setahun

kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Umair dan Umairah berilah pada emak Zaty supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Zaty dah buat nama emak untuk KWSP Zaty. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurangnya terubat juga rindu emak sekeluarga pada Zaty nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang. Umairah mengikut raut muka abang, sejuk kata orang dan Zaty yakin mesti Umair akan mengikut iras raut wajah

Zaty. Ibunya, sejuk perut Zaty mengandungkan mereka. Inilah peninggalan

Zaty untuk abang. Semoga abang masih sudi menyayangi dan mengingati

walaupun Zaty sudah tiada disisi abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Zaty untuk abang dan semua..

Doakan Zaty.

Ikhlas dari

Nur Zaty el-Bakriah

"Sabarlah Aliff, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Umair dan Umairah" pujuk Azlan. Aliff hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Zaty maafkan abang Zaty. Aliff longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Aliff dan Zaty jatuh dikakinya dan Aliff

mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT ZATY DAN SEKELUARGA. ZATY DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI ZATY DAN KELUARGA ZATY HINGGA KEAKHIR HAYAT ZATY.

Aliff terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Aliff seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Zaty seperti terakam dalam kotak otaknya. Setiap perbuatannya seperti wayang jelas terpampang. Kenapalah sampai begini jadinya? Kejamnya aku Zaty, Zaty, Zaty maafkan abang Zaty.

Sewaktu jenazah Zaty tiba dirumah suasana amat memilukan. Aliff tidak terdaya untuk melihat keluarga Zaty yang begitu sedih atas pemergian Zaty. Namun emak Zaty begitu tabah dan redha. Umair dan Umairah sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Zaty, Aliff lihat muka Zaty tenang bersih dan Aliff kucup dahi Zaty buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Zaty mengikuti wajah Aliff. "Zaty Abang minta ampun dan maaf" bisik Aliff perlahan pada telinga Zaty sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Aliff meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Aliff ada titisan airmata bergenang di tepi mata Zaty. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Aliff. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Aliff dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Zaty dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Zaty, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Aliff tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Zaty yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya jenazah Zaty selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Aliff keseorangan di pusara Zaty yang merah tanahnya meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan. YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Zaty. Ampunkan aku YA ALLAH. Akhirnya Aliff terlelap disisi pusara Zaty bermimpikan oleh Aliff,Zaty datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Aliff melihat Zaty tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Zaty putih bersih. Zaty, Zaty, Zaty nak kemana Zaty, Zaty, Zatyyyyyy. Aliff terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Aliff,Aliff Bangun Aliff. Dah hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Aliff?" tegur abang long , abang ipar Aliff. Dari jauh Aliff lihat emak dan kakak ipar menggendong kembarnya. Mereka menangis. Aliff berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Umair, Umairah anak ayah, ayah akan menjagamu nak. Kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah . Emak, abang dan kakak ipar Aliff tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Zaty.

Mata Hati

Manusia seringkali alpha,

Dengan mengecapi dunia,

Sehingga di depan mata,

Ia terlepas dari memandang.

Mata hati,

Berikan jalan,

Dalam singgahsana ini,

Untuk tiraian tasbih.

Mata hati,

Tunjukkan perjalanannya,

Mata melihat dengan hati,

Dan hati melihat dengan mata.

Ku buka sinar ruh,

Untuk gapaian mata hati,

Bersama santunan firman dan sunnahnya,

Yang di kecap sebagai seorang hamba ilahi.

Bertuturlah dalam hidup,

Dengan serpihan manusiawi,

Agar terasa nikmat sebagai seorang insan,

Yang hidup di bumi yang makin uzur ini.

Sebelum terlena di buai dari kegersangan hati yang angkuh. Jangan kita lupa, kita ini dari sari pati mani yang paling jijik dan busuk hinggalah kita di lahirkan di dunia dengan sebersih-bersih putih nan kain kapas yang suci. Dalam hidup, kita perlu ada toleransi dan peka dengan keadaan sekeliling dan dengan orang yang terdekat dengan kita. Usah digembleng dengan emosi, kita jua yang bakal menyesal kemudian hari. Ku titipkan sebuah kisah ini sebagai iktibar dalam hidup dan jangan lupa, Allah melihat kita segala- galanya tak tertinggal sedikit pun walau kita bersembunyi dariNya.Dari hadith arbai’en an-Nabawiyyah (yang ke 18) yang di susun oleh Imam Nawawi ini di titip sebagai penutup bingkisan dalam mata hati, Bertaqwalah di Mana pun Kau Berada.

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal ra., Rasulullah saw.bersabda, “bertaqwalah kamu kepada Allah di manapun kamu berada, iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan niscaya ia dapat menghapuskannya dan pergauilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.”(HR Tirmidzi. Ia berkata, “Hadits hasan dalam kitab lainnya dikatakan, hadits hasan sahih.”).