Anonymous: Mana ikhwah ni ek? X nampak pun...
Thursday, June 26, 2008
THE TIME HAS COME!!! IcE SkATIng episode 2
Anonymous: Mana ikhwah ni ek? X nampak pun...
Posted by k-cfsiium nilai at 6:56 PM 0 comments
Wednesday, June 25, 2008
BORED??? HOW ABOUT AN ICE SKATING? YAHOOO!!!!
Seperti yang telah dijanjikan, pada 21 Jun 2008, ikhwah telah mengindahkan lagi diari memori kehidupan masing-masing dengan mengadakan rehlah bermain ice skating di Sunway Pyramid. Rehlah kali ini sungguh bermakna kerana inilah rehlah pertama ikhwah untuk semester 1 sesi 08/09. Di samping itu, terdapat ramai ikhwah yang sungguh teruja untuk bermain memandangkan inilah kali pertama mereka akan memijakkan kaki di atas ais memandangkan negara kita ialah negara beriklim panas lembap. Sepanjang perjalanan, pelbagai cabaran dan dugaan telah dihadapai, marilah kita bersama-sama menghayati foto-foto di bawah untuk mengetahu plot drama yang indah ini dengan lebih menarik.....jeng jeng jeng.......
Posted by k-cfsiium nilai at 8:03 PM 0 comments
Tuesday, June 24, 2008
Sumber rujukan: Solat Ta ubat (Panduan Penjernihan Jiwa) Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
- Ikhlas ingin bertaubat
- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
- Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
- Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
- Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)
- Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
- Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.â€
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
-
dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.â€
-
Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
Posted by k-cfsiium nilai at 3:27 AM 0 comments
Monday, June 23, 2008
Our Stall
Pada 10 Jun 2008 yg lalu, K-cfsN telah berjaya membuka Stallnya sendiri sempena hari pertama adik-adik baru bergelar students di bumi Nilai yg permai..
Syifa' (penjaga gerai yg juga tekun merangkap photographer)
Ikhwahs yg membantu - Akh Marwan, Akh Ramzan, Akh Usamah
Adik-beradik K-cfsN di belakang tabir yg memberikn sokongan
Mrk-mrk yg mendoakan lakunya jualan kami pd hari tersebut
Para pengunjung yg sudi singgah, beli mahupun tengok-tengok je.
p.s. Maaf gmbr ikhwah takde...huhu
Posted by k-cfsiium nilai at 2:23 AM 2 comments
Haflatul Wida' Akhawat Sem III, 2007/2008
Haflatul Wida' = Majlis Perpisahan
Jzkk atas kehadiran, kak! ^-^
Alhamdulillah, Akhwt tlh berjaya transform ordinary days kpd something meaningful by spending precious times together sepanjang short sem yg lalu =D And all these wouldn't happen without each and every single one of you. Thanks yer! Semoga ukhuwwah yg terbina kekal berterusan sehingga ke syurga. Looking forward for more meetings this semester.
Posted by k-cfsiium nilai at 2:01 AM 0 comments
Ziarah Muhasabah Continued (with more pics)
Ziarah Muhasabah :
Aktiviti terakhir K-cfsN utk Short Sem
Lokasi : Hospital Kajang
Jumlah Peserta : 29 org (x termasuk drivers)
Posted by k-cfsiium nilai at 1:27 AM 0 comments
Sunday, June 22, 2008
ANOTHER REHLAH FOR IKHWAH? BOWLING TIME!!!
Posted by k-cfsiium nilai at 12:17 AM 0 comments
Saturday, June 21, 2008
ZIARAH MUHASABAH: Satu Muhasabah bagi Jiwa yang Menghayatinya
Selepas sedikit penerangan disampaikan oleh Bro Marwan tentang modus operandi dalam melaksanakan operasi di Hospital Kajang (iaitu sapa, buah tangan dan doa), jentera K-Nilai pun mula memasuki wad-wad pesakit satu demi satu ditemani oleh Puan Hafiza selaku Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan dan Sosial, Hospital Kajang. Alhamdulillah, aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancarnya walaupun pada mulanya akhawat nampak sedikit beremosi dibandingkan dengan ikhwah yang agak selamba dan sempoi.
Pengalaman di dalam Hospital Kajang sangat-sangat menginsafkan dan ia merupakan suatu medan yang sangat baik dan sesuai untuk semua peserta memuhasabahkan diri masing-masing. Di sinilah baru kita tahu betapa sengsaranya saudara-saudara yang sedang kesakitan di luar sana sementara kita di sini masih lagi sempat bergelak ketawa sambil bermain "Dota" (Ampun sgt2 kalo ada yg terase, hehe)
Selepas lebih 2 jam kami berada di sana, maka tamatlah sudah aktiviti ziarah muhasabah tersebut. Program ditutup dengan sedikit ucapan daripada Puan Hafiza dan juga daripada Bro Marwan selaku Ameer K-Nilai ketika itu. Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan akan memberikan seribu satu makna kepada diri dalam mengislahkan diri kepada yang lebih baik daripada sebelumnya. Sekian, Wallahu a'lam.
(Tak lupa juga kepada abang Dhany dan Bro Hakim yang sanggup menemani kami beraktiviti walaupun tidak masuk langsung ke dalam wad atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, semoga segala jasa antum semua akan diganjari Allah dengan rahmatnya yang tidak terhingga luasnya)
Wajah ikhwah yang gantang2 belaka di Hospital Kajang
p/s: Sory ek pasal x da gambo akhawat....
Marwan AMZ
"Hidup Biar Selamba, Iman Mesti Power"
Posted by k-cfsiium nilai at 11:29 PM 0 comments
tErsinGkapnya tiRai sEmEster...
salam kasih dan tahniah..
Posted by k-cfsiium nilai at 8:52 PM 0 comments
Slmt Dtg Ahli Keluarga Baru!! ^-^
Keluarga berkarisma bernilai bertambah BESAR dan MERIAH dgn adanya 16 muka baru dlm list pjg adik-beradik kita . Peluang bertemu dgn mrk2 yg sungguh ceria lagi bersemangat takkan dilupakan! -Hopefully nobody would mind me posting their nicknames here:-
.:. Nadiah .:. Tim .:. Fatin .:. Laila .:. Yana .:. Mimi .:. Diba .:. Iman .:. Ainul .:. Azimah .:. Mardyah .:. Diyana .:. iShah .:. Djah .:. Sharifah .:. Amy .:.
(sori x dpt recall the exact nickname yg krg bg haritu..huhu.
Anyone nak kte edit nick dia, sila inform ye)
Kpd yg membaca post ini (anda tahu siapa yg kami maksudkan ;) berbanyak2 trimas atas memori yg anda tinggalkan~ inshaAllah, looking forward utk mencipta lebih byk memori bersama. Jgn risau, kita masih ada 2 sem yg panjang utk program dan aktiviti2 len. Masing2 bleh beri idea utk kita realisasikan yer.
Sblm terlupa, credits to K.Sofi n K.MM atas kehadiran. Sgt, sgt menghargainya!! Smg Allah beri ganjaran atas pengorbanan yg dilakukan ^-^ (We'll be waiting for akak2 gombak's presence each n every week after this)
Nota: Gambar2 akan menyusul kemudian inshaAllah... Nantikan :D
Posted by k-cfsiium nilai at 10:41 AM 0 comments
Wednesday, June 18, 2008
Indahnya Ukhuwwah kerana Allah
Tanpa diduga semester pendek sesi 07/08 telah pun melabuhkan tirainya dengan penuh tragis dan puitis sekali. Tak tahan mata ini mengalirkan titisan-titisan berkilauan yang tumbuh hasil ukhuwwah dan persahabatan yang baik kerana Allah taala. 28 Mei 2008 telah menjadi suatu sejarah penting dengan berlangsungnya usrah ikhwah yang terakhir untuk sesi 07/08. Usrah kali ini penuh bermakna sekali memandangkan Nilai akan kehilangan sejumlah lagi ikhwah yang akan meneruskan perjuangan di bumi Gombak pula. Mereka ialah bro Nazmi, bro Epul, bro Zul, veteran kita bro Usamah dan tidak lupa juga kepada Tuan Ameer kita bro Marwan. Kedatangan Akhi Dhanny walaupun keseorangan tanpa akhi Auzan sudah cukup untuk menghiburkan hati kami yang sentiasa sunyi (naik ktm je lak tu).
Posted by k-cfsiium nilai at 3:33 AM 0 comments
Monday, June 16, 2008
Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan. Se-sungguhnya orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini.
Sesungguhnya suasana ukhu- wah atau semangat persaudaraan Ikhwanul Muslimin yang telah dinikmati oleh anggotanya adalah seumpama air dengan ikan. Sekira-nya ada di kalangan mereka yang menghadapi kesulitan, kelekaan, kelesuan, kealpaan atau mengikut pujukan syaitan tidak akan dibiarkan begitu sahaja supaya tidak hanyut dalam suasana sede-mikian yang terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan.
Muslim yang mempunyai sahabat yang baik tidak akan mengajak atau membiarkan mereka melakukan kehancuran tetapi akan memberi peringatan, menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsu. Ini merupakan suatu bekalan yang besar sepanjang jalinan persahabatan.
Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada keba-ikan. Salah seorang Assalafuddin pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya. Persahabatan yang baik menambahkan lagi kebahagiaan yang dikecapinya kerana penglibatan saudara-saudaranya bersama-sama di dalam kegembiraan itu akan dapat meringankan kepenatan dan kesesuaian semasa ia ditimpa bahaya dan bencana. Ini merupa-kan pembantu dan bekalan sepanjang jalan. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan ja-nganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan”.”
Jelaslah, arahan ini bukan-lah ditujukan kepada individu se-mata-mata tetapi ditujukan khasnya kepada umum. Namun persahabatan yang baik dan kukuh adalah wajib dan lazim untuk orang-orang yang berjalan di atas jalan Allah SWT. Alangkah besarnya bekalan yang akan didapati oleh seseorang dalam persahabatan yang baik dan harmonis, berkasih-kasihan di jalan Allah untuk mendapat keredhaan dan kesempurnaan-Nya serta ganjaran baik dari-Nya lantaran perasaan cinta kepada Allah SWT, pandang-meman-dang sesama mereka penuh erti cinta yang ikhlas kerana Allah SWT, berjabat tangan kerana Allah dengan disulami senyum simpul terhias di wajah, saling ziarah-menziarahi, wasiat-mewa-siati serta ingat-mengingati ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya :
“Tujuh golongan yang akan di-naungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu dari-padanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”
Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai sahabatnya. Oleh kerana pentingnya persahaba-tan yang itu dengan segala kebai-kan dan faedah yang lahir daripada nya terhadap Islam dan umatnya maka kita dapati Islam serta syari-atnya memelihara nilai-nilai persa-habatan, mengawal dari dari segala perkara yang merosakkan perpadu-an serta mengharamkan daripada perkara-perkara yang membawa kepada sifat dengki, benci, menipu, berlaku curang, khianat, mengejek, bersangka buruk mencari kesalahan orang lain, memutuskan hubungan, hipokrit dan saling berpaling tadah (tidak setia). Ingatlah pesan Rasu-lullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Janganlah kamu sa-ling putus-memutus hubungan, sa-ling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad deng-ki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang ber paling dari saudaranya melebihi dari tiga hari”.
Alangkah bahagianya kita dengan nikmat persaudaraan kerana Allah dan perlu kita memelihara nya dengan segala kemampuan dan cara yang ada.
Oleh itu wahai saudaraku ! Carilah sahabat yang soleh, bersa-habatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan penolong dan bekalan sepanjang jalan.
“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.
Posted by k-cfsiium nilai at 12:30 AM 0 comments
Labels: tazkeerahtun nafsy