BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 21, 2008

ZIARAH MUHASABAH: Satu Muhasabah bagi Jiwa yang Menghayatinya

Sebagai menyahut hadis Rasulullah, yang menjelaskan bahawa antara hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah menziarahi mereka yang sakit, maka Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) UIA Nilai telah melakukan suatu aktiviti yang dikenali sebagai 'Ziarah Muhasabah di' Hospital Kajang pada 31 Mei 2008 yang lepas. Aktiviti ini adalah julung-julung kalinya dilaksanakan oleh K-Nilai memandangkan usianya yang masih baru dan muda dalam medan perjuangan ini.
Program bermula pada pukul 9.30 pagi di mana ikhwah yang disertai sebanyak 16 orang (Mereka ialah Nazmi, Hifni, Wafi, Epul, Hilmi, Kirin, Well, Amin, Noramin, Ramdzan, Alif, Usamah, Isa, Marwan dan dua abang besar kita iaitu abang Dhany dan Bro Hakim yang diimport khas daripada Kuittho) telah memulakan pergerakan dengan menaiki KTM dari stesen Nilai ke stesen Kajang, sementara akhawat pula (tidak tahu jumlah yang tepat, dalam berbelas-belas gak lah) diberikan layanan istimewa dengan menaiki tiga buah kereta (iswara, kancil dan serena) terus menuju ke Hospital Kajang. Perjalanan yang tepat sepatutnya dalam setengah jam sahaja sudah boleh tiba di Hospital Kajang, namun kerana terdapat sebuah kereta yang sedikit nazak (siapaler pemandu die ek), maka perjalanan menjadi sedikit tersasar daripada anggaran biasa. (Maap sgt2 kpd ikhwah yang menunggu lama di KTM)

Selepas sedikit penerangan disampaikan oleh Bro Marwan tentang modus operandi dalam melaksanakan operasi di Hospital Kajang (iaitu sapa, buah tangan dan doa), jentera K-Nilai pun mula memasuki wad-wad pesakit satu demi satu ditemani oleh Puan Hafiza selaku Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan dan Sosial, Hospital Kajang. Alhamdulillah, aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancarnya walaupun pada mulanya akhawat nampak sedikit beremosi dibandingkan dengan ikhwah yang agak selamba dan sempoi.

Pengalaman di dalam Hospital Kajang sangat-sangat menginsafkan dan ia merupakan suatu medan yang sangat baik dan sesuai untuk semua peserta memuhasabahkan diri masing-masing. Di sinilah baru kita tahu betapa sengsaranya saudara-saudara yang sedang kesakitan di luar sana sementara kita di sini masih lagi sempat bergelak ketawa sambil bermain "Dota" (Ampun sgt2 kalo ada yg terase, hehe)

Selepas lebih 2 jam kami berada di sana, maka tamatlah sudah aktiviti ziarah muhasabah tersebut. Program ditutup dengan sedikit ucapan daripada Puan Hafiza dan juga daripada Bro Marwan selaku Ameer K-Nilai ketika itu. Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan akan memberikan seribu satu makna kepada diri dalam mengislahkan diri kepada yang lebih baik daripada sebelumnya. Sekian, Wallahu a'lam.

(Tak lupa juga kepada abang Dhany dan Bro Hakim yang sanggup menemani kami beraktiviti walaupun tidak masuk langsung ke dalam wad atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, semoga segala jasa antum semua akan diganjari Allah dengan rahmatnya yang tidak terhingga luasnya)





Wajah ikhwah yang gantang2 belaka di Hospital Kajang

p/s: Sory ek pasal x da gambo akhawat....

Marwan AMZ

"Hidup Biar Selamba, Iman Mesti Power"

0 comments: