BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 18, 2008

Indahnya Ukhuwwah kerana Allah


Tanpa diduga semester pendek sesi 07/08 telah pun melabuhkan tirainya dengan penuh tragis dan puitis sekali. Tak tahan mata ini mengalirkan titisan-titisan berkilauan yang tumbuh hasil ukhuwwah dan persahabatan yang baik kerana Allah taala. 28 Mei 2008 telah menjadi suatu sejarah penting dengan berlangsungnya usrah ikhwah yang terakhir untuk sesi 07/08. Usrah kali ini penuh bermakna sekali memandangkan Nilai akan kehilangan sejumlah lagi ikhwah yang akan meneruskan perjuangan di bumi Gombak pula. Mereka ialah bro Nazmi, bro Epul, bro Zul, veteran kita bro Usamah dan tidak lupa juga kepada Tuan Ameer kita bro Marwan. Kedatangan Akhi Dhanny walaupun keseorangan tanpa akhi Auzan sudah cukup untuk menghiburkan hati kami yang sentiasa sunyi (naik ktm je lak tu).

Aktiviti bermula dengan sedikit pengisian daripada akh Dhanny dan diteruskan dengan tadabbur al-Quran surah Yusuf. Kemudian agenda yang paling menarik sekali iaitu sesi jamuan 'burger' yang dimasak khas oleh bro Alif dan bro Ramdzan (sedap giler). Alhamdulillah, setelah semuanya kenyang, tibalah saat yang paling menyayat hati iaitu saat berpisahnya kami. Namun alhamdulillah, memandangkan ikhwah semuanya berperasaan seperti batu, maka tiada siapa yang melinangkan air mata. Apa-apapun, ketahuilah walaupun semester inilahyang paling pendek, namun ukhuwwah yang manis telah menyebabkan semester ini menjadi panjang dan hangat. Terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan kehidupan ini, semoga Allah akan memberkati segala usaha kita. Selamat Berjuang Sahabat-sahabat sekalian!!!


Happy Go Lucky....hehe

Tidak!!!!!!!

sedapnya burger!!!



berkarisma dan berNILAI

0 comments: